Jumaat, 30 Januari 2015

KUMPULAN KHAIRUN NISA - كومڤولن خيرن نيس



Satu Majlis Selawat Nabi telah diadakan bersama Kumpulan Muslimat (wanita) Khairun Nisa bertempat di Rumah Encik Aziz Ujang - Shelter Lereng bukit Kampong Semerbok. Majlis telah berlangsung pada 26 Januari bersamaan 5 RabiulAkhir 1436 Isnin tepat jam 3.00petang hingga 5.30petang.
 





 


Sabtu, 24 Januari 2015

KERJA-KERJA MENENTUKAN ARAH KIBLAT - SURAU KUALA MERBOK.



24/01/2015
Sabtu 9.30 - 11.00 pagi
Kerja kerja menentukan arah kiblat Surau Kuala Merbok. Tugas ini dipertanggong jawabkan kepada Ustaz Shamsul bersama crew beliau dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Seremban. (Aziz Ujang).



 Beberapa minggu nan lalu - Kerja-kerja merobohkan
surau dan Meratakan Tapak.


 Beberapa hari nan lalu -
Kerja-kerja menambak untuk meninggikan tapak.


Kini sebelum menentukan arah kiblat semua kerja-kerja diatas perlu dilaksanakan dulu sebelum bangunan surau dibina oleh kontraktor yang dilantik. Diberitakan pada hari ini 24/01/2015 suatu majlis doa selamat telah diadakan di rumah  salah seorang AJK Surau, ini bagi memberkati kerja-kerja membina surau selamat dijalankan sehingga siap tanpa ada halangan.


Kito ingat citer nan lamo ni dari tuan Hadi Bahrum semasa mulo surau nak didirikan......kato aei.......

Ni citer sejarah yang disampaikan Tok Lobai Kocik kek Sei sekitar 70an, ....Waktu buek surau kek kampung dulu, dimintaklah Al. Tuan Sheikh Hj Mohd Said QS melihat arah kiblat....Diopun berdiri mengarah kiblat....dipanggil beberapo oghang termasuk Tok Bai....Ditunjuk toruih jurus Kiblat.." Situ lah kiblat kito" sambil nunjuk jurus kiblat. Kata Tok Bai kek Sei...Nampak joleh Baitullah...Subhanallah...dibukakkan kepada beberapo oghang ....












Semua kerja-kerja menetukan arah kiblat Surau Kuala Merbok ini berjalan lancar dan syukur alhamdulillah kehadratNya memudahkan semua segala usaha kami untuk membina semula surau ini. Barang diingat pihak Ajk Surau Kuala Merbok masih menerima sebarang sumbangan dari ahli kariah atau tuan-tuan dari sekitar pembaca dan pelayar blog "Semerbok Nan tuo" agar sama-sama kita berada ditaman-taman syurga yang dibina diakhirat nanti dengan menghulurkan sumbangan kepada pembinaan kembali surau ini.

Jumaat, 9 Januari 2015

MISI PENGHANTARAN BANTUAN MANGSA BANJIR KE KELANTAN - ANAK ANAK MOBOK.


Misi penghantaran bantuan ke kelantan,suasana amat menyedih kan. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikol,semoga Allah permudahkan kepada mangsa2 banjir. Anak-anak Semerbok telah pergi ke Kuala Krai Kelantan - sampaikan bantuan mana yang terdaya. Semerbok ini kampung nan kecil sahaja, orang pun tak ramai. Kelantan negeri yang jauh, nun bersambung dengan negeri Siam! Tetapi, cubit peha kiri, peha kanan terasa perit juga.

 Antara keadaan rumah mangsa banjir yang sempat terakam.



 Ada yang rumah ranap semua sekali. 


 Encik Ridhuan dan misi rombongan .

Anak-anak Mobok.

Misi Rombongan.



  Jalan yang berlumpur selepas banjir.

Seorang lagi anak Mobok pergi ke sana dan apa katanya..........
"Dalam perjalanan ke Manik Urai dalam van UUM kami seramai 11 orang melalui kawasan yang teruk terjejas akibat banjir. Di kiri dan kanan jalan kami menyaksikan kemusnahan. Rumah yang senget, beralih tempat dan ada yang musnah samasekali. Di atas tapak rumah yang cuma tinggal tangga dan tiang-tiang batu seorang ibu menyusukan bayinya di bawah khemah ala kadar yang dibina. Dr. Fauziah bertanya kepada saya, "Ustaz tak ambik gambar ke.? Saya jawab, " Saya tak dapat ambil sebab air mata saya nak keluar." Bila saya berpaling ke arahnya saya melihat dia mengesat air mata dengan tangan kanannya. Di sini yang ada adalah kemusnahan, kesedihan dan keinsafan" - Ustaz Muhamad Ahmad.

  Ustaz Muhammad Ahmad.

Rabu, 7 Januari 2015

BANJIR DI SEMERBOK.



Sekitar Banjir kilat di Semerbok
5.00 petatang
07/01/2015


Dalam pengumuman catuan air akan dilaksanakan diDaerah Rembau dan Tampin oleh YB Mentori Bosar, Mobok khususnya dilanda hujan lobat sampai banjir kilat.Kalau empangan di Gemencheh lobat begini,agak ei tak jadi catuan air oleh syabas.

















* Foto banjir kiriman dari Encik Aziz Ujang dan Encik Rosli Yasin - Semerbok.

Sabtu, 3 Januari 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436/2015 KARIAH KAMPONG SEMERBOK.



Masjid Semerbok.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 DI MASJID SEMERBOK.

Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidur Rasul kariah Semerbok akan diadakan pada ketetapan berikut :

                                                       Tarikh : 09 Januari 2015
                                                       Hari    : Jumaat
                                                       Masa  : Bermula 6.30 petang.
                                                      Tempat : Masjid Kampong Semerbok.

                                                      Semua ahli kariah dijemput hadir.

Kepada yang ingin memberi sumbangan berupa wang atau barangan bolehlah menghubungi encik Johari bin Ismail di talian 012-6904129.


" Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
Surah Al-Baqarah ayat 261.

Jumaat, 2 Januari 2015

PROGRAM PENGUMPULAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR 2014.


Kampong Semerbok turut merasai simpati dengan musibah banjir yang melanda dibeberapa negeri disemenanjung dipenghujung tahun 2014, oleh itu suatu Program Pengumpulan Sumbangan Mangsa Banjir 2014 akan diadakan di Balai Raya di Kampong Semerbok. Program ini  akan diadakan pada 04/01/2015 bersamaan dengan hari Ahad, bertempat di Balai Raya Semerbok. Majlis akan bermula pada jam 10.00pagi sehingga 4.00petang. Adalah digalakan agar sumbangan tuan-puan berupa barangan makanan seperti beras, gula tepung serta lampin bayi dan sebagainya. Marilah kita sama-sama menyumbang bagi meringankan sedikit bebanan yang telah ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Banjir di Semerbok sekita dulu - Foto hiasan Aziz Ujang.

Balai Raya Semerbok.