Selasa, 31 Disember 2013

PERSEPAKATAN PENDUDUK SEMERBOK.

Keratan akhbar yang menyatakan berita.......







Keratan berita adalah dari sumbangan Saudara Rosli Yasin - Pengerusi Surau Kuala Mobok. 

Ahad, 15 Disember 2013

KENANGAN NAN LALU WARGA MOBOK DI GUNUNG DATUK.



Remaja Semerbok Di Puncak Gunung Datuk.

Seketika dulu ramai remaja semerbok mendaki Gunung Datuk ini dan sebahagiannya kelihatan di foto encik Duan yang rata-rata remaja yang bersemangat mendaki gunung dan suka kepada cabaran. Mungkin aktivi memanjat gunung Datuk ini dirakamkan sekitar akhir 1970an dan awal 80an.


 Kenangan diabadikan disini semasa remaja.


Sebahagian dari pendaki dari semerbok.
(Encik Duan - kanan sekali)


Encin Duan Wahab (Bilal Masjid Mobok).


Terima kasih kepada encik Duan kerana menyumbang foto lama di Gunung Datuk serta anak-anak Desa yang bersama beliau semasa bergelar remaja sewaktu masa dahulu.

Jumaat, 13 Disember 2013

MASJID SEMERBOK.




 Masjid Semerbok pandangan dari Lubok Nan Dalam.


Tersergam Indah dengan kawasan keliling Masjid yang menghijau.

Setelah dibersihkan persekitaran kawasan luar masjid, yang dulunya terlindung dari rumah mesin gotah dan belukar kecil, kini kelihatan tersergam indahnya masjid bila dilihat dari lubok nan dalam. Semasa foto ni diambil kelihatan kontraktor sedang menurapkan tar dikawasan laman masjid.

Tiada lagi orang kampong den memesin gotah dipinggir masjid ini kerana zaman ini gotah dah dijadikan sekorap jo, macam gambar dibawah ha....



Gotah Sekorap 
(ado yang manggil gotah beku @ buku).

Musim hujan bulan duo bolas ni hujan jo...gotah pun jatuh, kalau guno keto buruk kono tolak dan kalau boli keto baru kono tarik (pinjam kato-kato Abang Aziz Ujang). 



Isnin, 9 Disember 2013

ALUMNI SEMENDA 2013



Prof Dato'Dr Kamaruddin Kachar - 
Pengetua Pertama SEMENDA.

Pada 7Disember 2013 yang lalu telah berlangsung Alumni SEMENDA di Dewan Sekolah berkenaan sepertimana yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Alumni. Tahniah pada semua Ahli Jawatankuasa Alumni yang telah berjaya mengumpulkan anak didik serta guru Semenda yang pernah berada disekolah ini. Begitu ramai yang hadir dari bekas pelajar tahun 1970 lagi, penulis tak dapat hadir kerana dijemput untuk melaksanakan beberapa tugas mendidik anak bangsa ditempat lain. Walaubagaimana pun kita berharap agar Alumni ini terus diadakan saban tahun bagi mengeratkan silaturrahim antara kita bekas-bekas pelajar semenda. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengetua SEMENDA 2013 yang turut membenarkan majlis ini diadakan dan diraikan disini.

Berikut penulis paparkan foto-foto dari majlis tersebut yang disumbangkan oleh kengkawan yang hadir.


Barisan AHLI JAWATANKUASA.


Sessi Bergambar Alumni 2013.


 Pengetua SEMENDA 2013.




Bekas guru-guru Semenda.


Cikgu Karim.


Persiapan AJK Alumni 2013.


Kauter pendaftaran.


Petugas pendaftaran sedang sibuk 
serta sempat juga memberi senyuman.


 

Puan Zaimah - Setiausaha Alumni 2013.




















Cabutan bertuah.


Terima kasih kepada kengkawan yang hadir serta yang menyumbang gambar majlis tersebut iaitu Puan Zaimah, Mohamad Rafie Hashim, Effa Aj, Abd Rahman Omar, Siti Zaleha dan Ku Hisham Nasir. Semoga Alumni Semenda terus maju jaya dan Semenda mendidik anak bangsa dengan jayanya disaban tahun.

Khamis, 21 November 2013

MENYUSURI TRACK GUNUNG DATUK.





Bidalan Nan Tuo Juo - Gunung Datuk.

Mengikut cerita orang nan tuo dahulu kalo, gunung datuk pernah didatangi oleh Pahlawan Agung Alam Melayu iaitu Datuk Hang Tuah. Jika menyusuri liku-liku trak mendaki gunung ini bersama insan yang berpengalaman untuk mendaki gunung iaitu saudara Aziz Ujang hanya 30 minit sahaja untuk sampai kepuncak gunung datuk atau 45minit dari Kampong Semerbok. Walaupun track yang ada di sini agak mencabar tapi beliau masih bertenaga bermain dengan liku-liku track gunung datuk hingga ke puncaknya.



Saudara Aziz Ujang- Ketika di Sulawesi Selatan.



Papan Tanda Gunung Datuk Rembau.



Koris Nan Sebatang Juo....



Tuan Haji Ibrahim Maamor ..



Antara rombongan yang hadir di Gunung Datuk Rembau ketika awal cuti sekolah pada November 2013, dari Kembara Amal anak-anak yatim serta Institiut IPTS - UNITAR.



Lapangan meletak kereta - kaki Gunung Datuk.



Laluan turun dan naik Gunung Datuk.



Antaranya tersedia juga tali yang diikat kat pokok 
untuk memudahkan kita mendaki.


Track - ketika mendaki.



Curam tapi seronok nak sampai keatas.



Penuh dengan warna Ungu....atau warna biji kundang..?















Ni dah sampai kat puncak dah....


Akhirnya sampai juga ke puncak gunung.


Antara remaja dan rombongan yang berjaya ke puncak.


Penulis sendiri tak pernah sampai ke puncak gunung ini dan mungkin suatu hari nanti den akan bersama saudara Aziz Ujang untuk mengiringi beliau ke atas puncuk Gunung Datuk yang telah diterokai beliau yang entah kesekian kalinyo.