Selasa, 1 Mac 2016

KULIAH PERDANA SURAU KUALA MERBOK BERSAMA USTAZ SYAMSUL AMRI HAJI ISMAIL


Kuliah Perdana di Surau Kuala Merbok dengan penceramah Undangan bersama Ustaz Syamsul Amri Haji Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia telah diadakan pada 28hbFebruari 2016 bersamaan hari Ahad, selepas waktu Maghrib.. Beliau dijemput setelah Penceramah jemputan pada asalnya Ustaz Azman yang tidak dapat hadir kerana berada di Acheh Darulsalam. Kehadiran jemaah sangat memberansangkan dengan kehadiran maksima ruang surau dipenuhi dengan jemaah. Tiga buah khemah tambahan telah didirikan, sebuah untuk ruang memasak dan manakala dua buah lagi untuk ruang duduk tambahan jemaah serta ruang makan. Tahniah kepada semua Ahli Jawatakuasa surau yang berkerja keras bagi menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada hamba Allah yang menyumbang seekor lembu bagi meraikan majlis ini.Sekalong tahniah kepada kumpulan Bike (motor besar) yang ramai turut hadir kemajlis ceramah atau yang dinamakan mereka kembara ilmu.


Ustaz Syamsul Amri Haji Ismail.










Suasana diberanda luar.




Didalam khemah luar.





Selesai je ceramah semua hadirin dijemput makan.



Suasana dibawah khemah luar.



Pada hari Sabtu ini akan diadakan majlis doa selamat serta bersama penceramah dari Rembau dan sekali lagi dijemput para jemaah dan penduduk sekitarnya kemajlis ilmu berkenaan.