Rabu, 27 Mei 2015

KULIAH MAGRIB DI SURAU KUALA MERBOK BERSAMA USTAZ KHALIL HAJI ISMAIL.



Pada 22Mei 2015 bersamaan 4syaaban selepas solat magrib, Surau Kuala Merbok kembali dengan aktiviti kuliahnya dan pada kali ini bersama Ustaz Khalil Haji Ismail. Hebahan kuliah ini tak sempat dipaparkan lebih awal kerana penulis blog berada diluar kawasan, mohon maaf. Walaubagaimana pun sambutan majlis kuliah memberangsangkan.


Ustaz Khalil Haji Ismail.

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah   
  1) Orang yang bertanya/belajar 
  2) Orang yang mengajar 
  3) Orang yang mendengar 
  4) Orang yang cinta serta orang yang berada dalam majlis ilmu.




Kelebihan bagi orang-orang yang menghadiri majlis ilmu :-

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban).



Foto dan berita dari sumbangan Encik Rosli Yasin- Pengerusi Surau.

Isnin, 25 Mei 2015

MAKAM LAMA DI SUNGAI BATANG MERBOK, SEMERBOK.



Salah satu kesan diantara berberapa kesan penempatan awal terdapat berhampiran Sungai Batang Merbok.Batu nisan yang kelihatan dalam foto bukanlah batu tanda asal. Ianya diletak selepas tamat perang dunia kedua mengantikan ketulan batu kerikil yang ada ketika itu.Menurut cerita orang terdahulu, salah seorang di antara yang dikuburkan di sini ialah seorang panglima yang di gelar Kuntul. Mungkin panglima ini seorang yang tinggi dan lampai berperwatan seperti bangau.

Tuan Hadi Bahrum : Yang diatas bukit itu Rajanya. Kata Datuk Sei namo eh Megat Panji Alam.Sei tak berapo ingat bang sama ada Guntul atau Kuntul...sebab dulu kecik kecik tak ambik perhatian.

Tuan Aziz Ujang : Tadi kami kesana buat tahlil rengkas nak menyambut bulan puasa. Dah lama sangat diabaikan tempat itu.Marilah kito tengok gambar ni ha.....






Suatu lagi sejarah makam lama timbul dari seorang penduduk kampong yang perihatin tentang sejarah Kampong Semerbok dan beliau khabarkan kepada kita yang makam lama ini merupakan telah wujud penempatan lama sebelum kita bermastautin di sini. Siapakah mereka, Raja dan pahlawannya, Megat Panji Alam adalah jawatan dan raja dari mana mereka ?

Artikal dan cerito adalah sumbangan Tuan Aziz Ujang - Kampong Semerbok.

Selasa, 19 Mei 2015

MAJLIS ILMU DISURAU KUALA MERBOK BERSAMA USTAZ HAJI AHMAD SAID.




Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Said.

Majlis ilmu telah diadakan di surau baru,Surau kuala merbok,Kampong Semerbok pada 18/05/15 bersama ustaz Hj Ahmad Said. Majlis ilmu kembali menjadi aktiviti disurau ini setelah ianya siap dibina dengan dana disumbangkan oleh penderma yang budiman. Majlis turut diimarahkan dengan kehadiran jemaah Kuala Merbok dan sekitarnya. Marilah kita bersama melihat kehadiran jemaah berkenaan dengan foto-foto yang sempat dirakamkan oleh saudara Rosli Yasin dan saudara Aziz Ujang yang turut bersama dimajlis ilmu ini.



















SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ DI MASJID SEMERBOK 2015.




Ustaz Tuan Haji Ahmad Said -Tampin.

Majlis sambutan Israk & Makraj di Masjid Kariah Kampong Semerbok telah diadakan pada tarikh 16 Mei 2015 dengan penceramahnya bersama Ustaz Tuan Haji Ahmad Tampin.














Alhamdulillah semoga semua anak kariah dapat mengimarahkan rumah Allah ini dan memperbanyakkan pengisian majlis ilmu pada masa-masa akan datang dan dapat menyatukan hati-hati anak kariah. Foto majlis adalah sumbangan dari saudara Aziz Ujang.

Khamis, 14 Mei 2015

SURAU KUALA MERBOK NAN BARU.



Surau Kuala Merbok - Kini.


Surau Kuala Merbok - Dulu.

Binaan baru, walau pun mengikut pelan binaan lama tapi dibuat beberapa pembaharuan bagi mempertingkatkan lagi keselesaan jemaah, antaranya seperti laluan masuk yang dulunya bertangga, sekarang terus boleh masuk melalui laluan khas seperti foto dibawah. Beranda disebelah luar kanan dan belakang surau yang dulunya tak ada. Beberapa pembaharuan lagi terdapat didalam surau yang perlu tuan-tuan kunjungi jika ingin mengetahuinya.














Dijangka Surau ini akan siap sepenuhnya apabila menjelang Ramadhan dan boleh lah berterawih disini. Dari maklumat yang diperolehi dah ada beberapa penaja bagi majlis more disurau ini dan dijangka perasmiannya akan menyembelih lembu seekor. Semoga surau ini terus diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu setelah wajah baru yang diimpikan telah terlaksana.

* Foto dan maklumat adalah dari Saudara Aziz Ujang dan Pengerusi Surau, saudara Rosli Yasin.