Ahad, 2 Jun 2019

KERJASAMA MEMASANG PELITA DITEPIAN JALAN KAMPUNG SEMERBOK.


Sempena penghujung Ramadhan atau lebih dikenali dengan malam tujuh liko, kerja sama semua peringkat penduduk kampung Semerbok telah memasang pelita disepanjang laluan masuk jalan raya kampung berkenaan. Tradisi memasang pelita memang sinonim dengan kegiatan dibulan puasa serta hampir dengan suasana hari raya yang kunjung tiba beberapa hari saja lagi. Rumah-rumah penduduk juga dihiasai dengan pelita atau lampu letrik yang bergemelapan, ini menandakan suasana sambutan Aidilfitri sudah menghampiri serta Ramadhan akan meninggalkan kita.


Kerjasama menyiapkan pelita didewan Kg Semerbok.


                                     Anak-anak kayu untuk dijadikan turus meletakan pelita.


                               Pelita telah siap dipasang disepanjang jalan di Kg Semerbok.