Ahad, 27 Disember 2015

KULIAH SUBUH - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H DENGAN PENCERAMAH USTAZ FATURRAHMAN.

Acara Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Kuala Merbok diteruskan lagi, pada 3.30pagi 27/12/2015 solat berjamaah solat sunat Tasbih yang dipimpin oleh Ustaz Faturrahman berlangsung di Surau Kuala Merbok dan selepas solat subuh diadakan pula kuliah subuh. Makanan dan minuman sarapan pagi disediakan oleh pihak surau dengan tajaan pihak individu atau perseorangan. Solat sunah Dhuha yang dipimpin oleh Ustazah Siti Rosnah pula berlangsung selepas bersarapan pagi, yang dikhaskan untuk kaum muslimah.





Sarapan pagi bersama Ustaz Faturrahman 
selepas kuliah subuh.

Pihak surau sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang (kewangan,tenaga,bahan makanan,gotong royong dan lain-lain) untuk menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1437 yang diadakan di Surau Kuala Merbok selama 2 hari iaitu pada 26 & 27/12/2015. Kerjasama dan kesepakatan kita anak-anak kariah amat utuh dan padu sekali demi mengimarahkan surau dan Pengerusi serta semua ajk amat berbangga dan berterima kasih atas kerjasama semua pihak. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H dari Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok serta dari penulis blog Semerbok Nan Tuo.

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DISURAU KUALA MERBOK 1437H.


Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 26Disember 2015 telah diadakan sebagaimana yang dijadualkan dengan penceramah Yang Berbahagia Ustaz Haji Syukur Mustafa. Majlis ilmu ini bermula selepas waktu Maghrib. Penuh sesak kehadiran para tetamu didalam dan diluar surau. Syukur alhamdulillah kehadiran bukan saja anak-anak kariah tapi dari Astana Raja, Penajis, Kota, Padang dan tak ketinggalan dari Kuala Lumpur. Penulis tak dapat mengambil foto-foto dibahagian luar. 


Yang Berbahagia Ustaz Hj Shukor Mustapa.











Terima kasih kepada semua para penyumbang serta gotong royong memasak yang diusahakan dari awal pagi hingga ke tengah hari oleh kaum muslimah dengan kerjasama ahli jawatankuasa surau bagi menyediakan makanan dimajlis ini.Pihak surau bercadang akan mengadakan majlis seperti malam ini sebulan sekali dengan penceramah yang didatangkan dari luar kawasan Negeri Sembilan atau pun didalam Negeri Sembilan bagi memenuhi permintaan anak-anak kariah Merbok, disamping majlis-majlis ilmu seperti biasa tetap diadakan mengikut jadual. Walaubagaimana pun keputusan memilih penceramah akan diputuskan didalam mesyuarat Ajk Surau. Tuan-puan nantikan kehadiran penceramah dan majlis ilmu yang dianjurkan oleh Surau Kuala Merbok dan hadirkan diri untuk bersama berada di taman-taman syurga, Insyaallah.

Ahad, 20 Disember 2015

MAJLIS PERKAHWINAN DUA PASANGAN PENGANTIN DI SUNGAI BESAR SELANGOR AHAD 13DISEMBER 2015.


Pada 13Disember 2015 bersamaan hari Ahad, satu majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Purnama Sungai Besar Selangor, Encik Hassan Basri dan Puan Fauziah Mohd Yunus (anak Semerbok) telah melangsungkan perkahwinan kedua pasangan anak beliau Nadzirah dan Amir serta anak lelakinya Najib dan Fatimah. Suasana amat meriah dengan kehadiran ramai jemputan. Penulis hanya sempat merakamkan foto encik Shaudin yang lansung datang dari Semerbok serta keluarga.




Nadzirah & Amir.

Najib dan Fatimah.

Encik Shaudin & keluarga sedang menikmati hidangan.




Kiri Puan Rashidah - Siti Rosnah dan sahabat lama beliau Cikgu Fauziah.
(anak-anak Mobok yg merantau dan berjaya diperantauan)

Selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan pengantin dari kami Semerbok Nan Tuo,semoga kekal hingga jannah.

Khamis, 17 Disember 2015

INDAHNYA SEMERBOK NAN TUO MENJELANG SENJA.


Pemandangan ini dirakamkan oleh encik Aziz Ujang yang sering berdikir rebana dan mengambil tahu tentang keindahan alam semulajadi serta peka kepada suasana keindahan kampong Semerbok disetiap sudut yang dilaluinya ketika beliau ke surau dan masjid.

Lihat lah sawah yang terbentang dan bangau yang berterbangan mengingatkan para perantau agar pulang kedesa tercinta bersama kembali meniti usia remaja dikenangan yang lalu, pabila merenung kehijauan sawah tanah pusako dimana kito dibesarkan dek lumpur berkubang dan lambaian desa nan mengetuk pintu hati para perantau....pulanglah bertandang dingatan nan lalu......desa mu Semerbok Nan Tercinta...






Noneh ni ditanam dikawasan diusahakan kat sawah pusako Tigo Nenek.







Burung-burung bangau ni kat Solok Umpan dokek Mesjid Mobok.




Kembalinya bangau nan memutih.......Semerbok Nan Tuo tetap dikasih ,walau dimana kaki bertatih, disitulah jua kenangan dipulih, mengingati desa terpilih.

Rabu, 16 Disember 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL DI SURAU KUALA MERBOK PADA SABTU 26HB.DISEMBER 2015.






Jawatankuasa Surau Kuala Merbok akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 26hb.Disember 2015 hari Sabtu bersamaan 14Rabiulawal 1437H. Aturcara majlis sepertimana memo pemberitahuan yang tertera diatas. 

"Sesungguhnya Orang yang Paling Dekat Dengan Ku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Bersalawat Kepada Ku" Al Nasai & Ibnu Hibban.

Marilah kita beramai-ramai kemajlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Kuala Merbok untuk bersama sama dengan YBhg Ustaz Syukur dan Qiamul-lail dengan Ustaz Faturrahman Mokhtar serta program khas kaum muslimah (wanita) Kuliah Dhuha pimpinan Ustazah Siti Rosnah.

Selasa, 15 Disember 2015

DIKIR REBANA DI LUBUK CHINA, MELAKA

Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Warga Sungai Siput yang diadakan didewan Komuniti Lubuk China Melaka.Majlis perkahwinan Encik Ridhuan dan Cik Sharmera ini telah diadakan pada tanggal 12.12.2015 bersamaan hari Sabtu. Kita saksikan pesembahan Dikir Rebana dari Kampong Semerbok Nan Tuo di majlis perkahwinan ini....


Raja sehari
Pengantin yg diraikan - Encik Ridhuan dan Pasangannya Sharmera


 Mengiring Persembahan Berarak "nasi bosar".




Tari Piring 1&2.


Tari Piring 3


Tari Piring 3A


Tari Piring 4.


Tari Piring 5.




Mengiring Pesembahan Makan Beradap.