Khamis, 3 Disember 2015

TAHSIN AL-QURAN - PROGRAM CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK REMAJA DI SURAU KUALA MERBOK.


KEM TAHSIN AL-QURAN .


Notis makluman dari Pengerusi Surau Kuala Merbok.


Foto Hiasan - Kem Tahsin Al-Quran.

Buat julung kalinya di Surau Kuala Merbok diadakan aktiviti musim cuti sekolah dengan program Tahsin Al-Quran bagi mendidik dan mendedahkan anak-anak remaja tentang cara membaca Al-Quran dan Sembahyang lima waktu dengan cara yang betul serta mengikut sunnah.Penyertaan terbuka kepada semua warga Semerbok dan sekitarnya.Makan serta minum disediakan oleh pihak surau, program berlansung pada 12hb.Disember 2015 hari Sabtu, dari jam 9.00pagi hingga 5.00petang.Untuk mendaftar serta keterangan lanjut silalah berhubung dengan pihak Urusetia Program Encik Rosli Yasin di talian 013-2101797 atau datang sendiri ke Surau Kuala Merbok.

 Borang Penyertaan.
                           

PERATURAN KURSUS.


Untuk memastikan kem berjalan lancar dan teratur serta mendapat keredhaan Allah, maka semua peserta tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Urusetia dan pihak Surau Kuala Merbok.

1. KETETAPAN MASA.
    Semua peserta diwajibkan berada 10 minit lebih awal
    Daripada masa yang ditetapkan.

2. PERATURAN PAKAIAN.
    Pakaian – Pakaian yang sesuai bagi lelaki adalah
    Berbaju melayu dan bersongkok.
    Pakaian bagi peserta perempuan ialah berbaju
    Kurung dan bertudung. Sila bawa kain telekung bagi
    perempuan.

3. Peserta dikehendaki memastikan kebersihan sentiasa
    Dijaga disemua tempat didalam dan diluar surau
    (tempat makan).

4. SAKIT DAN KEUZURAN.
    Ibu/Bapa/Penjaga – sila maklumkan kepada Ketua
    Penyelaras jika peserta tidak dapat hadir atas sebab
    kesihatan atau meneruskan kem.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan