Rabu, 27 Ogos 2014

DIKIR REBANA - SEMERBOK KU NAN TUO.



Shelter Lerreng bukit.


Saudara Aziz Ujang.

26/08/2014 ( Selasa )
9.00 - 11.30 malam
Tempat: Shelter Lerreng Bukit

Sesi ke-2 Latihan dikir rebana Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo berjalan dengan teratur dan lancar.Lima orang tenaga pengajar didatangkan dari Kumpulan Dikir Rebana Sri Keledang, Sungai Siput, Wilayah Naning. — at Shelter Lereng Bukit Semerbok, Rembau.





















http://www.youtube.com/watch?v=KqTyAn05NhU


DIKIR REBANA KG SEMERBOK 
http://www.youtube.com/watch?v=TM4xiNzqKik


Ahad, 24 Ogos 2014

PROGRAM "TARBIYAH UMMAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA" UNTUK PELAJAR SEMENDA.




Satu program di asrama semenda untuk pelajar asrama semenda pada jumaat 22hb hingga sabtu 23hb ogos di asrama semenda. Fasilatator terdiri dari bekas pelajar semenda batch 2010 yang sedang menuntut di ipt. Program ini bertajuk 'Tarbiyah Ummah Tanggungjawab Bersama"Sehubungan dengan itu sumbangan dana untuk menjalankan program ini amat dialu2kan. Boleh bank in ke akaun persatuan alumni semenda 564557339662 maybank. Sms /whatapps 0122764322 selepas bank in.

Terimakasih. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

-setiausaha persatuan alumni semenda 2014-

Zaimah Daud.













MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DISURAU KUALA MOBOK - SABTU 23OGOS 2014.


Alhamdulillah, majlis pada malam ini meriah dan ramai anak-anak kariah Semerbok datang berkunjung mengimarahkan surau. Majlis dimulakan dengan solat magrib dan tahlil. Jamuan dihidangan selepas solat isyak.

















Tahniah kepada semua Ajk Surau Kuala Merbok yang diketuai oleh Saudara Rosli Yasin kerana berjaya mengimarahkan Surau dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan disini. Sebagaimana majlis malam ini yang jelas merapatkan hubungan dan kerjasama antara jemaah surau serta penduduk kampong Kuala Merbok khususnya dan penduduk Kampong Semerbok am nya.

*Foto-foto adalah sumbangan dari Saudara Rosli Yasin dan Saudara Aziz Ujang.

Sabtu, 23 Ogos 2014

PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DI SURAU KUALA MERBOK.



Surau Kuala Mobok.

Majlis gotong royong adalah amalan tradisi di Kampong Kuala Mobok apabila ada sesuatu majlis keraian atau majlis ilmu diadakan di Surau ini. Pada hari ini dipagi Sabtu 23 Ogos 2014 majlis gotong royong ini terlaksana kesekian kalinya dengan kehadiran anak-anak kariah menyiapkan segala keperluan hidangan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.



Lomang - makanan yang wajib 
diadakan dalam majlis ini.


Bukan senang nak cari buloh zaman ni....




Masakan atau juadah yang lain turut disediakan.






Khemah tambahan didepan Surau juga dipasang.




Saudara Aziz Ujang dan Keluarga.

*Maklumat dan foto adalah sumbangan saudara Aziz Ujang - Chalet Dilereng Bukit.