Khamis, 29 Disember 2016

GOTONG ROYONG.


GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PERKUBURAN TIGA NENEK

TARIKH : 1 JAN 2017 AHAD
MASA : JAM 5 PTG
SEMUA AHLI KARIAH SEMERBOK DIMINTA HADIR.

Jumaat, 23 Disember 2016

PROF DR KAMARUDDIN KACHAR - (1934 - 2016 ).



Berita dari (Perak To Day).
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Prof Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, yang meninggal dunia semalam.
“Takziah kepada keluarga Dr Kamarudin Kachar atas pemergian beliau. Allahyarham tokoh banyak berjasa, semoga roh dicucuri rahmat ALLAH. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya, hari ini.
Allahyarham Kamarudin, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam.
Beliau yang menghidap sakit jantung, dimasukkan ke pusat perubatan itu dua minggu lepas.
Allahyarham yang juga Presiden Pertubuhan Sedunia Melayu-Polynesia dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), meninggalkan isteri Datin Seri Che Tom Osman, 80, dan empat anak.
Allahyarham pernah menyandang jawatan Dekan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Timbalan Naib Canselor dan Pemangku Naib Canselor UPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara.
Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Dekan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan Naib Canselor Unisel. – Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rakan-rakan merasai pemergian Kamaruddin
Utusan Malaysia 23 Disember 2016
   
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Bukan hanya ahli keluarga, malah pemergian Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) kelmarin turut dirasai sebagai satu kehilangan besar dalam kalangan rakan-rakan rapat Allahyarham.

Penasihat Sosio­budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Kamaruddin lebih dikenali dalam kalangan rapat-rapat dengan panggilan KK merupakan seorang mentor dan sahabat baik yang cukup istimewa.Katanya, beliau telah me­ngenali Allahyarham sejak tahun 1962 ketika menjadi guru sementara di Sekolah Astana Raja di Rembau, Negeri Sembilan manakala Kamaruddin pula guru besar di situ.“Keperibadian Allahyarham yang pa­ling saya cukup hormat adalah beliau sentiasa berpegang pada prinsip bahawa ‘politik tidak akan kekal, tetapi kerana budaya kita akan bersama’.

“Atas sebab itu, ketika Allahyarham menjadi Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dan saya pulapembangkang dalam Semangat 46 pada tahun 1987, beliau tidak pernah memandang serong terhadap saya malah kami masih melakukan pelbagai program bersama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Kamaruddin, 82, merupakan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah jantung, kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad memberitahu, beliau akan merindui perkataan ‘Melayu Power!’ yang sering digunakan Allahyarham ketika mengajarnya di Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia) pada 1973.
Jelasnya, hubungan beliau dengan Allahyarham telah terjalin selama 43 tahun dan antara perkara bermakna yang dilakukan bersama adalah menubuhkan MPM pada 24 Disember 2007.


* Rasanya semua orang didaerah Rembau serta Kampong Semerbok amat mengenali Allahyarham Prof Datuk Seri Kamaruddin Kachar dan kami warga Semerbok Nan Tuo mengucapkan Takziah kepada semua kaum keluarganya atas pemergian Allahyarham, Al-Fatihah.

Ahad, 18 Disember 2016

FORUM MAULIDUR RASUL - SURAU KUALA MERBOK.

Sepertimana yang dirancang dan majlis Forum Maulidur Rasul telah dipenuhi oleh jemaah yang datang bukan sahaja dari Kampung Semerbok malah dari persekitaran daerah Rembau serta biker-biker yang berkesempatan menghadirkan diri di Surau Kuala Merbok.












Ribuan terima semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Forum Maulidur Rasul bagi tahun ini dan kepada semua penyumbang samaada tenaga,wang ringgit dan lain-lainnya kami amat bersyukur atas sumbangan tuan puan dan semoga Allah membalas budi baik kalian semua.

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO DI TAMAN DESA DAHLIA SENAWANG.


Pada 04/12/2016 bersamaan dengan hari Ahad Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah berkesempatan membuat pesembahan di Majlis Perkahwinan Taman Desa Dahlia Lorong 2/4 Senawang. Penulis tak bekesempatan untuk merakam permaianan dan persembahan mereka,cuma memaparkan foto-foto yang sempat terakam.






Isnin, 28 November 2016

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO MEMBUAT PESEMBAHAN DI KG SG SIPUT MELAKA.


Pada 26/11/2016 bersamaan hari Sabtu, Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah mengiringi majlis Qatam Quran serta Berkhatan di Kampung Sungai Siput, Alor Gajah Melaka. Cara berarak dan berjulang adalah cara traditional dizaman dulu dan amat jarang sekali dilakukan dizaman ini. Kini budaya lama dihidupkan kembali di Kampung Sungai Siput, di Daerah Alor Gajah Melaka.








*Sumber dari Encik Aziz Ujang dan Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

Ahad, 27 November 2016

FORUM MAULIDUR RASUL DI SURAU KUALA MERBOK.




Adalah dengan ini dijemput semua untuk hadir ke majlis forum Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 14Disember 2016 selepas Maghrib. Ahli panel adalah terdiri dari Jam Medicine (Pendakwah) serta Ustaz Zaharim Kusinni (Pusat Zakat Seremban).

Selasa, 22 November 2016

PANORAMA PEKEBUN KECIL GETAH DISEMERBOK.


Dimusim hujan harga getah juga turut turun,apatah lagi harga barang-barang keperluan sekarang ni turut naik dan tak turun turun. Kesempitan pekebun kecil untuk meneruskan kelangsungan hidup tidak dipandang lansung.








Habis-habis, dimusim hujan ni cari lah cendawan sisir.......untuk meneruskan kunyahan mengisi perut yang lapar.....



*Foto dan berita dari saudara Aziz Ujang - Semerbok Nan Tuo.

Isnin, 14 November 2016

PENGAJIAN KULIAH TAUHID - USTAZ ZAMRI MOHD ISA.



Jangan lupa untuk menghadirkan diri bersama Ustaz Zamri Mohd Isa untuk Pengajian Ilmu Tauhid, jumpa disana.

PROGRAM TANAM SEMULA KELAPA SAWIT 2017 - PESERTA PESERTA FELCRA BERHAD.

Sekadar mengingatkan saja kepada yang belum mengambil tindakan keatas projek agensi kerajaan ini dikampong masing-masing.......kepada tuan tanah dan warisnya.....







CERAMAH UMUM BERSAMA SYAMSUL DEBAT.

Pada 8November 2016 bersamaan 8Safar 1438H telah berlangsungnya ceramah umum sebagaimana yang dirancang oleh pihak Surau Kuala Merbok, dengan menampilkan Ustaz Syamsul Debat. Marilah kita lihat foto-foto yang sempat terakam oleh Pengerusi Surau sebagaimana terpapar dibawah semasa majlis ceramah umum berkenaan berlangsung.


Pengerusi majlis sedang menyampaikan sepatah dua kata sebagai pembuka bicara dan seterusnya beliau menjemput Ustaz Syamsul Debat memulakan ceramah.


Ustaz dengan loghat Negeri Sembilannya sedang menyampaikan ceramah kepada semua para hadirin di Surau Kuala Merbok.


Sambutan kali ini amat memberangsangkan dengan kehadiran yang datang bukan sahaja dari penduduk kariah Semerbok namun dari berbagai daerah diRembau.







Khemah terpaksa dipasang bagi menampung jemaah yang hadir pada malam berkenaan.


Limpahan kenderaan yang diparkir ditepi jalan berhampiran surau.



Jemaah sempat juga bergambar dengan Ustaz Syamsul Debat.


Pengerusi Surau juga tak ketinggalan.

Sebenarnya Ustaz Syamsul telah berkunjung ke Surau Kuala Merbok menyampaikan kuliahnya bagi kali yang ketiga pada hari ini dan kali pertama serta kedua pada tahun lepas. Kali ini beliau diberi sambutan yang amat menggalakan,mungkin Ajk Surau akan menjemput Ustaz Syamsul buat kali ke empat di tahun hadapan, Insyaallah.

Dalam kesempatan ini pihak Ajk Surau Kuala Merbok mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang berupa kewangan,barangan dan makanan yang dibawa oleh jemaah yang berkunjung serta gotong royong memasak (anak-anak kariah) bagi menyediakan makanan. Syabas juga kepada Pengerusi serta semua Ajk Surau Kuala Merbok dengan kejayaan menganjurkan kelas-kelas ilmu untuk mengimarahkan surau kita.