Khamis, 29 Disember 2016

GOTONG ROYONG.


GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PERKUBURAN TIGA NENEK

TARIKH : 1 JAN 2017 AHAD
MASA : JAM 5 PTG
SEMUA AHLI KARIAH SEMERBOK DIMINTA HADIR.

Jumaat, 23 Disember 2016

PROF DR KAMARUDDIN KACHAR - (1934 - 2016 ).



Berita dari (Perak To Day).
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Prof Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, yang meninggal dunia semalam.
“Takziah kepada keluarga Dr Kamarudin Kachar atas pemergian beliau. Allahyarham tokoh banyak berjasa, semoga roh dicucuri rahmat ALLAH. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya, hari ini.
Allahyarham Kamarudin, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam.
Beliau yang menghidap sakit jantung, dimasukkan ke pusat perubatan itu dua minggu lepas.
Allahyarham yang juga Presiden Pertubuhan Sedunia Melayu-Polynesia dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), meninggalkan isteri Datin Seri Che Tom Osman, 80, dan empat anak.
Allahyarham pernah menyandang jawatan Dekan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Timbalan Naib Canselor dan Pemangku Naib Canselor UPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara.
Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Dekan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan Naib Canselor Unisel. – Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rakan-rakan merasai pemergian Kamaruddin
Utusan Malaysia 23 Disember 2016
   
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Bukan hanya ahli keluarga, malah pemergian Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) kelmarin turut dirasai sebagai satu kehilangan besar dalam kalangan rakan-rakan rapat Allahyarham.

Penasihat Sosio­budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Kamaruddin lebih dikenali dalam kalangan rapat-rapat dengan panggilan KK merupakan seorang mentor dan sahabat baik yang cukup istimewa.Katanya, beliau telah me­ngenali Allahyarham sejak tahun 1962 ketika menjadi guru sementara di Sekolah Astana Raja di Rembau, Negeri Sembilan manakala Kamaruddin pula guru besar di situ.“Keperibadian Allahyarham yang pa­ling saya cukup hormat adalah beliau sentiasa berpegang pada prinsip bahawa ‘politik tidak akan kekal, tetapi kerana budaya kita akan bersama’.

“Atas sebab itu, ketika Allahyarham menjadi Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dan saya pulapembangkang dalam Semangat 46 pada tahun 1987, beliau tidak pernah memandang serong terhadap saya malah kami masih melakukan pelbagai program bersama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Kamaruddin, 82, merupakan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah jantung, kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad memberitahu, beliau akan merindui perkataan ‘Melayu Power!’ yang sering digunakan Allahyarham ketika mengajarnya di Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia) pada 1973.
Jelasnya, hubungan beliau dengan Allahyarham telah terjalin selama 43 tahun dan antara perkara bermakna yang dilakukan bersama adalah menubuhkan MPM pada 24 Disember 2007.


* Rasanya semua orang didaerah Rembau serta Kampong Semerbok amat mengenali Allahyarham Prof Datuk Seri Kamaruddin Kachar dan kami warga Semerbok Nan Tuo mengucapkan Takziah kepada semua kaum keluarganya atas pemergian Allahyarham, Al-Fatihah.

Ahad, 18 Disember 2016

FORUM MAULIDUR RASUL - SURAU KUALA MERBOK.

Sepertimana yang dirancang dan majlis Forum Maulidur Rasul telah dipenuhi oleh jemaah yang datang bukan sahaja dari Kampung Semerbok malah dari persekitaran daerah Rembau serta biker-biker yang berkesempatan menghadirkan diri di Surau Kuala Merbok.












Ribuan terima semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Forum Maulidur Rasul bagi tahun ini dan kepada semua penyumbang samaada tenaga,wang ringgit dan lain-lainnya kami amat bersyukur atas sumbangan tuan puan dan semoga Allah membalas budi baik kalian semua.

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO DI TAMAN DESA DAHLIA SENAWANG.


Pada 04/12/2016 bersamaan dengan hari Ahad Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah berkesempatan membuat pesembahan di Majlis Perkahwinan Taman Desa Dahlia Lorong 2/4 Senawang. Penulis tak bekesempatan untuk merakam permaianan dan persembahan mereka,cuma memaparkan foto-foto yang sempat terakam.