Isnin, 17 September 2018

NOTIS MESYUARAT AGUNG MASJID KARIAH KAMPUNG SEMERBOK.




NOTIS MESYUARAT AGUNG MASJID KARIAH
KAMPUNG SEMERBOK

TARIKH : 28.09.2018
HARI  : JUMAAT
MASA: JAM 2.00 PETANG
TEMPAT MASJID KAMPUNG SEMERBOK.


KULIAH TAUHID - SURAU KUALA MERBOK.



Adalah dimaklumkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakan kuliah Tauhid ini akan ditunda ketarikh 29/09/2018 Sabtu selepas Maghrib. Harap maklum kepada semua ahli kariah Semerbok serta sekitarnya.

Selasa, 11 September 2018

KULIAH FARDU AIN - USTAZ RAFAIE ISMAIL.




Ustaz Rafaie Ismail.

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1440 - MASJID SEMERBOK (10/09/2018)


 

Tuan Haji Johari Bin Ismail
Pengerusi Masjid Kampung Semerbok.

Pengerusi mengumumkan aturcara majlis pada hari ini serta menyampai kata-kata aluan selapas bacaan doa awal dan akhir tahun yang disampaikan oleh Ustaz Amran.


Ustaz Amran Bin Haji Awaludin
Timbalan Mufti Negeri Sembilan.







Ustaz Amran dan Encik Ridzuan Wahab.


SELAMAT TAHUN BARU 1440HIJRAH.


Selamat menyambut Awal Muharram 1440 Hijrah dari kami AhliJawatankuasa Surau Kuala Merbok .

"Menyantuni Ummat Membawa Berkat "


Jumaat, 7 September 2018

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO.


Bagi menyerikan lagi majlis perkahwinan atau majlis ulangtahun hari lahir Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo membuka tempahan bagi tahun 2019. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian
012 359 7906 Whatsapp/talipon - Aziz Ujang.










Isnin, 3 September 2018

PEMBERSIHAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN (MASJID) SEMERBOK.


Sehari sebelum Aidil Adha kawasan perkuburan di Sekitar Masjid Semerbok telah dibersihkan dan terima kasih kepada yang sudi meyumbangkan tenaga bagi pembersihan kawasan tersebut.Hanya Allah yang mampu mebalas budi baik dan sumbangan dari hamba Allah ini.











AIDIL ADHA 1439/2018 - SURAU KUALA MERBOK.


Dalam mengejar pemasangan karpet hasil sumbangan orang ramai di Surau Kuala Merbok sehari sebelum Aidil Adha bagi mengimarahkan surau dengan lebih baik lagi. Perancangan telah dibuat untuk menjalankan solat sunat Aidil Adha pada tahun ini dengan lebih meriah dengan anak-anak kariah Semerbok. Sembahyang sunat Aidil Adha telah dijalankan tepat jam 9.00pagi dengan diimamkan imam muda Ahmad Anwar serta Khutbah disampaikan oleh Ustaz Faturrahman.






Alhamdulilah, selesai sahaja sembahyang sunat Aidil Adha semua jemaah dijemput kemajlis doa selamat dan jamuan raya dirumah mentua Ustaz Faturrahman iaitu bersebelahan Surau Kuala Merbok.



Majlis Qurban telah dijalankan dirumah penduduk iaitu sebelum zohor sebanyak dua ekor lembu.
Salam Aidil Adha dari kami Ajk Surau Kuala Merbok.

KULIAH MAGHRIB - SURAU KUALA MERBOK.



Semua anak-anak kariah serta tuan puan dijemput hadir.