Isnin, 3 September 2018

AIDIL ADHA 1439/2018 - SURAU KUALA MERBOK.


Dalam mengejar pemasangan karpet hasil sumbangan orang ramai di Surau Kuala Merbok sehari sebelum Aidil Adha bagi mengimarahkan surau dengan lebih baik lagi. Perancangan telah dibuat untuk menjalankan solat sunat Aidil Adha pada tahun ini dengan lebih meriah dengan anak-anak kariah Semerbok. Sembahyang sunat Aidil Adha telah dijalankan tepat jam 9.00pagi dengan diimamkan imam muda Ahmad Anwar serta Khutbah disampaikan oleh Ustaz Faturrahman.






Alhamdulilah, selesai sahaja sembahyang sunat Aidil Adha semua jemaah dijemput kemajlis doa selamat dan jamuan raya dirumah mentua Ustaz Faturrahman iaitu bersebelahan Surau Kuala Merbok.



Majlis Qurban telah dijalankan dirumah penduduk iaitu sebelum zohor sebanyak dua ekor lembu.
Salam Aidil Adha dari kami Ajk Surau Kuala Merbok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan