Selasa, 20 Jun 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK.

Sepertimana yang dirancang, pelajar-pelajar Tahfiz dari Assofa serta Pondok Tuan Haji Ibrahim (Bongek) telah bersama dengan ahli kariah Semerbok di Majlis berbuka puasa yang diadakan pada 20hb.Jun 2017 bersamaan 25Ramadan 1438Hijriah. 

Solat Maghrib dan selepas itu solat Isyak serta solat tarawih. Jadi, imam-imam begitu ramai dan masing-masing mereka bergilir mengimamkan solat tarawih. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Semerbok kerana memberi pendedahan kepada warga kariah Semerbok dengan menjemput pelajar-pelajar Tahfiz dan Pondok untuk bersama-sama bersolat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih.




Semoga dengan terjalinnya hubungan surau Kuala Semerbok dan Pondok serta Tahfiz akan membuka minda dan keinginan warga Merbok untuk mendidik anak-anak kariah dengan mendekati dan menghantar anak-anak muda ke Madrasah Tahfiz serta Pondok yang begitu banyak tumbuh di Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih kepada pelajar Tahfiz dan Pondok Tuan Guru Haji Ibrahim (Bongek).

Isnin, 19 Jun 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU KUALA MERBOK 25RAMADHAN 1438H/2017M.





Sila lah hadirkan diri semua ahli kariah, semoga dengan kemeriahan ini imarah surau akan melahirkan keberkatan dalam perjalanan hidup kita seharian, insyaallah......

Khamis, 15 Jun 2017

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK - SURAU KUALA MERBOK.


Pada 14Jun 2017 hari Rabu, bermula pada 10.00pagi suatu program yang diatur untuk menyediakan bubur lambuk dan diagihkan kepada semua penduduk kariah Semerbok telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatkuasa Surau serta kerjasama penduduk. 




Dalam program ini bubur lambuk akan diagihkan disebelah petang bermula pada kira-kira 3 petang, Program atau majlis penyediaan bubur lambuk ini menjadi aktiviti wajib bagi surau didalam bulan puasa.

Rabu, 14 Jun 2017

KADAR ZAKAT FITRAH DI NEGERI SEMBILAN.


Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).Dari itu segerakan lah menjalankan kewajipan membayar zakat.


Kadar Zakat Fitrah di Negeri Sembilan.


Di Kariah Semerbok, Saudara Emi (bilal) telah dilantik sebagai amil oleh Masjid Semerbok dan tuan tuan boleh lah berurusan dengan beliau bagi serahan atau bayaran zakat fitrah dengan kadar RM6.50 seorang.

Khamis, 8 Jun 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA DISURAU KUALA MERBOK.


Adalah dimaklumkan majlis berbuka puasa anjuran Surau Kuala Merbok akan diadakan pada 11Jun.2017 bersamaan hari Ahad. Sehubungan dengan itu dijemput semua anak-anak kariah Semerbok hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.


Khamis, 1 Jun 2017

JAMBATAN BATANG MERBOK LALUAN PENTING DISEMERBOK.


Jambatan ini roboh ketika bulan March 2017 tempohari yang beberapa kali dilanda banjir kilat dan akhirnya merobohkan laluan jambatan ini, Seramai kira-kira 20 buah rumah menghadapi kesukaran untuk keluar bagi urusan harian dengan kenderaan motorsikal, kereta atau van dan apa tah lagi dengan lori. Pihak-pihak berwajib telah dimaklumkan tentang perkara ini tetapi buat masa ini belum ada tanda-tanda jambatan baru akan segera dibina.

Penduduk kampong yang melalui jalan dan jambatan ini telah mengambil inisiatif sendiri bagi laluan sementara dengan membina jambatan sementara bagi laluan motor dan kenderaan kecil sahaja. Marilah kita lihat rakaman foto-foto kerja-kerja pembinaan yang begitu meriah dengan kerjasama serta bergotong royong.


Begilah keadaan semasa mula jambatan ini runtuh.










Terima kasih la kepada semua yang terlibat dengan pembinaan jambatan sementara ini, samaada menyumbang tenaga,fikiran serta peralatan termasuk la yang membenarkan menebang pokok pinang serta batang besi bagi gelegar jambatan ini . Kerjasama tuan-tuan hasil usaha untuk membina jambatan ini amat besar ertinya kepada kita semua, semoga pihak-pihak yang berwajib segera membina jambatan yang baru bagi laluan kenderaan yang selesa.