Rabu, 28 Mei 2014

MAJLIS CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ DI MASJID SEMERBOK 26MEI 2014 (27 REJAB 1435H).



Al-Fadhil Ustaz Nor Azman Bin Ahmad.

Majlis yang dianjurkan secara bersama Masjid Semerbok, Surau Kuala Merbok dan Surau Sungai Serai telah pun berlansung dengan jayanya. Kehadiran sungguh membanggakan dengan awal-awal lagi jemaah telah datang ke masjid, pihak Masjid juga telah memasang khemah diruang luar Masjid. Ceramah Israk dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz jemputan Al-Fhadil Ustaz Nor Azman Bin Ahmad. Majlis bermula selepas sembahyang Maghrib.Marilah kita lihat kemeriahan sambutan Majlis Israk dan Mikraj ini dengan rakaman foto dari encik Aziz Ujang.



Jemaah sedang sembahyang Mahgrib.










Al-Fadhil sedang menyampaikan ceramah.
























Muslimat juga ramai yang hadir.

Selepas solat Isyak, semua hadirin dijemput menjamu selera untuk makan malam samaada diruang dalam atau dibawah khemah yang disediakan dibahagian luar.


Hidangan diruang serba guna.


Al-Fadhil Ustaz dan Ajk penganjur 
turut mengiringi makam bersama.


Hadirin sedang menjamu selera.


Ruang makan Muslimat disediakan 
disuatu sudut ruang serba guna.






Khemah luar disediakan.














En.Aziz Ujang bersamping 
dengan baju melayu hijau.

Dengan kerjasama Encik Rosli dan Encik Aziz sebagai juru foto majlis serta semua ketiga-tiga Ajk (Masjid Semerbok,Surau Kuala Merbok dan Surau Sungai Serai) anak-anak kariah yang turut sama terlibat dalam majlis ini, kami merakamkan ribuan terima kasih atas daya usaha murni yang disumbangkan untuk kemajuan Kampong Semerbok serta kegiatan keagamaan bagi mengimarahkan Masjid dan Surau di Kampong kita. Hanya Allah saja yang membalas segala jasa dan budi baik tuan-tuan semua.

Isnin, 26 Mei 2014

MAJLIS RINGAN SAMA DIJINJING - PERSEDIAAN MEMASAK UNTUK MENYAMBUT CERAMAH ISRAK MIKRAJ.



Majlis Israk Mikraj adalah anjuran bersama 
Surau Kuala Merbok, Surau Sg Serai dan Masjid Semerbok

Pada 26 Mei 2014, majlis gotong royong ringan sama dijinjing telah sama-sama dilakukan untuk memasak Persiapan menyabut Ceramah Israk Mikraj yang akan diadakan pada sebelah malam selepas solat Maghrib bertempat di Masjid Semerbok. Semua anak-anak kariah bersama menjalankan gotong royong memasak di ruang serba guna Masjid.







Muslimat yang hadir bergotong royong memasak.




Mak Alang dan Mak Andak turut serta.


Cikgu dan abang Mat Zin - Sg Serai.







Acad.



Kain rentang atau bena ini berlatar belakangkan blog Semerbok, syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat atas usaha anak-anak kariah Semerbok bagi memajukan kampong kita serta memberi khabar berita kepada anak-anak kelahiran Semerbok diperantauan.

*Sumber dan berita adalah dari Encik Aziz Ujang (Kampong Semerbok).

Ahad, 25 Mei 2014

DISIMPANG JALAN BATANG MERBOK.



Jalan Batang Merbok.

  • Syed Zulkefli Jalan mano toboh he ni? Kek ghumah Kashmir Kidam ko?
  • Rafiah Abu Samah Yolah tu, jalan nak ko ghumah Amran Joned ,lalu ghumah paktam Abu.
  • Syed Zulkefli Dah lamo bona tak monjongok kampong tu ghupo eh, mano toboh he pun dah tak samo macam kocik2 dulu. T.kasih Kak Peah.


Kolam Ikan.

Hadi Baharum - Kolam Encik Kasma Kidam ..Ado sekor haruan bosar dalam eh...hari tu timbul waktu Sei lalu...ikan lain tak nampak...kono solam baru tau......

Ariffin Saidin - Patut la airnya tenang je, tak nampak ada ikan bermain di muka air kolam, suasana yg cantik terkenang masa bebudak dulu mandi kolam.....




Ditepi kolam berkenaan terdapat dua pohon pokok
 Bachang yang bukan main lebat buahnya.




Pohon binjai yang sedang berbunga lebat.

  • Siti Rosnah Agak aei kalau berbuah satu lori bosar.........
  • Ariffin Saidin Kg Mobok banyak pemandangan yg cantik, sekarang padi sedang menunduk berisi.bacang dan kuinin dah nak masak dan durian baru berputik.
  • Aziz Ujang Arifin, Ini pokok binjai di hadapan rumah Allahyarham Alang Sudin. Tengah berbunga lebat sekarang. Satu satunya pohon temadun silam yang masih ada di Sungai Serai. Pohon lanjut, sepam, rawa rawa dan sejinis pepanjat yang dipanggil timun londang dah lenyap di bumi Semerbok.
  • Ariffin Saidin. Saya tak pernah tengok pokok binjai di kg saya kerana dah tak ada, kat semerbok ni menarik perhatian saya kerana bunganya yang begitu lebat. Saya fikir jika sekali berbuah satu kg boleh makannya.



Pohon Kuinin.

Pohon Kuinin dengan berbuah lebat.

Banyak pohon kuinin di Mobok berbuah dengan lebat dan termasuk la dua pohon pokok kuinin yang dapat den rakamkan ni.




Kambing Jantan yang Malu pulak.


Kawanan Kerbau dan bangau di Kuala Merbok.