Ahad, 25 Mei 2014

GOTONG ROYONG DIMASJID KARIAH SEMERBOK DAN KAWASAN SEKITARNYA.




Pada 24 Mei 2014 ( Sabtu ) jam 3.00 hingga 4.30 petang telah berlansungnya Majlis Gotong Royong di Masjid Semerbok dan kawasan sekitarnya. Semua anak-anak kariah telah dimaklumkan mengenai gotong royong ini dan serentak dengan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang akan diadakan pada Isnin 26 Mei 2014 selepas solat Maghrib.




Masjid Semerbok.


Vacum dan pembersihan dari dalam Masjid 
dilakukan oleh anak muda yang masih bertenaga.


 Anak Kariah menjalankan kerja gotong royong.


 Imam En.Nawawi pun turut serta.


Golongan belia pun turut sama 
menyertai gotong royong ini.





Upacara menggantikan dan menaikan 
bendera baru selesai.


Kini membersihkan kawasan berumput yang 
turut diberi keutamaan agar persekitaran masjid 
kelihatan & menjadi bersih.









Berbakti dan turut mengimarahkan masjid adalah tanggungjawab kita bersama,peliharalah dan luruskan niat kita untuk meyumbang tenaga kepada pembangunan masjid semata-mata kerana Allah. Oleh itu sekalung tahniah kepada semua anak-anak kariah serta Ajk masjid Semerbok atas kerjasama membersihkan Masjid kita pada hari ini.

Foto dan sumber berita adalah dari Encik Aziz Ujang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan