Ahad, 9 Disember 2012

MAKAM TOK NUNGKA NANGKIR DI SEMERBOK



Makam (Panjang) Tok Nungka Nangkir.

Kenapa den nama kan kampong Semerbok ni Kampong nan Tuo ? kerana sejarah silam kampong ini telah terpahat lama tidak terungkai diantara daerah ini. Letaknya makam ini adalah dibelakang Dewan Orang Ramai Kampong Semerbok (dewan ini dah tidak dipakai lagi) cuma anak muda di kampong ini menggunakan cod Takraw dan badminton sahaja apabila di waktu petang untuk mereka bermain.Kampong Semerbok dah ada dewan yang baru.

Makam Tok Nungka Nangkir ini membuktikan penempatan terawal sudah bertapak disini, kemungkinan dizaman kegemilangan Melaka lagi. Kan daerah Rembau ni dulu Melaka punya.....tak banyak cerita sejarah yang diketahui oleh penduduk Kampong Semerbok ini tentang siapakah Tok Nungka Nangkir ni, cuma letaknya makam ini adalah didalam tanah omak den dan dah tentulah ada kaitan dengan nenek moyang den. Makam ini cukup panjang, pada hemat den 25 kaki ke 30 kaki panjangnya.


Makam yang lurus menghadap kiblat.

Kalau mengikut salah seorang pelawat yang menziarahi makam ini, makam berkenaan adalah makam seorang berwibawa didalam masyarakat setempat (mahu pun di pihak kerajaan Melaka lama) dan mungkin kajian mengenai makam ini perlu dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengetahui siapakah milik makam berkenaan. 



Batu Nesan dikepala Makam .


Balai Raya lama Semerbok.

Dulu rumah den ditapak dewan nilah dan pihak kerajaan mengambilnya dengan digantikan dengan tanah pinggir. Walaubagaimana pun rumah den disebolah dewan ni jugak.



Makam Tok Nungka Nangkir terletak disebelah belakang Dewan ini dan kedudukannya terselidung dibelakang dewan. Ramai yang tidak mengetahui adanya makam dibelakang dewan ini lantaran sejarah silamnya tidak dihebahkan.

4 ulasan:

  1. Al Fatihah, selawat dan salam Tok Nungka Nangkir

    BalasPadam
  2. Inilah mulo menonga ando makam Tok Nungkar Nangkir balik balaighayo ni. Osah-e-lah, tuo kesah kampung ni, kan, bang? Timokasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wargo tuo kek kampong ni dah takdo, puas den cari maklumat tontang Tok Nungka Nangkir tak sapo tau laei.

      Padam
  3. Kewujudan gelanggang silat disebelah atau ditapak rumah emak den,memungkinkan pemilik makam ini bukan sebarang orang. Soalnyo siapo dio aei......

    BalasPadam