Isnin, 9 September 2013

DJ NOGORI FM DI KG SEMERBOK - KAK JAH.



DJ Radio Nogori FM - Kak Jah.

Radio Negeri dapat didengar melalui 95.7 Mhz Bukit Tampin / Melaka, Kampong Mobok amat bertuah menerima tetamu Dj popular , inilah wajah Dj Kak Jah berada di Semerbok pada 1 September 2013 Ahad dimajlis Perkahwinan anak Tuan Haji Ibrahim Maamor. Foto adalah sumbangan dari Pak Aziz Ujang kito.



 .

Ahad, 1 September 2013

BATU HITAM YANG BEHARGA DI SEMERBOK.




Dihujung Kampong Semerbok adalah tempat pengumpulan batu batu hitam ini untuk diproses menjadi batu pecahan kecil. Longgokan batu-batu jelas kelihatan diatas padang yang telah diratakan sebelum projek ini dijalankan.


Pengumpulan batu-batu kasar disebelah kanan kawasan lapang ini,manakala yang batu-batu yang kecil dilonggokkan disebelah kiri.


Batu batu besar dikawasan tapak dipecahkan menjadi sebesar batu-batu yang kelihatan difoto yang dihimpunkan disini untuk diproses lagi. Buat masa ini khemah didirikan dibelakang kawasan longgokan batu ini. Mungkin termasuk lah juga kediaman pekerja-pekerja projek berkenaan.



Batu ini sebenarnya warna hitam.



Hasil bumi Mobok - Batu Hitam.



Pada masa ini projek mengorek batu-batu hitam ini dijalankan disebalik bukit yang kelihatan di foto, yang mana diangkut melalui lori ke tempat pengumpulan di hujung kampung mobok. Sepertimana penulis katakan dalam entry yang terdahulu Mobok mempunyai hasil bumi yang tidak diketahui dahulu, kini telah diterokai untuk diekspot ke China. Tanah omak den tak ada batu hitam berkenaan dan kontraktor telah pun memeriksa kedalam tanah omak yang sebelah kanan bukit berkenaan. Yang ado batu merah jo.........

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PADA 2/9/2013 KARIAH MASJID SEMERBOK.



Bena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2/9/2013.



Khemah siap dipasang didepan Masjid Semerbok.

Majlis akan diadakan pada 2/9/2013 Isnin dari jam 12.00tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Semua anak-anak kariah Semerbok dijemput hadir. gotong royong memasak seekor lembu akan diadakan diawal pagi tersebut. 



Hebahan melalui bunting telah 
di pasang didinding pagar masjid.