Isnin, 14 Julai 2014

ANYAMAN MENGKUANG DIKAMPONG SEMERBOK.



Wan sedang menganyam mengkuang.


Kiri ke kanan : Puan Endah  ,Puan Seni Hj Ahmad, 
Puan Dara Ahmad Dan Cik Hasnah.
Antara mereka-mereka yang pandai menganyam tikar mengkuang di Semerbok, terutama Omak Alang Daro ngan Mak Cik Endah. Satu lagi nama bosar di Semerbok yang pandai menganyam Omak Yek (Allahyarhamah Khalimah bt Alan), beliau menganyam bukan sekadar untuk kegunaan diri sendiri tapi sehingga menjualnya disekitar kampong.


Perdu Mengkuang - Kat Tanah Borang
 (Wan Tiamah dan Tok Pokat).


Yang ini kat Lubuk Chagrih.


Mengkuang dari lubuk chagrih - yang telah dipotong.


Melayor daun mengkuang.


Lepas dijangka, daun mengkuang akan direndam semalaman.


Ini " Jangka " kepunyaan Mak Alang Daro
dan turun kepada Mak Andak.


Mak Andak turut mewarisi Anyaman Mengkuang dari ibunya
Allahyarhamah Dara Ahmad.

Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut tatacara tertentu. Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat melayu terutamanya di Negeri Sembilan atau Melaka.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya.


Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Di sini unsur ini amat jarang diterapkan kerana agak sukar untuk membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi penganyamnya,  


Di Semerbok lebih popular dengan jenis ragi atau kelarai bentuk bebas. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan antaranya. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar belakang corak. Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan. Kami di Mobok kebiasaannya tidak menggunakan celup tikar, kebanyakannya anyaman tidak bercorak atau bercelup silang dua warna. Lebig popular dengan anyaman tikar biasa. 

Peringkat Anyaman, sama sahaja dengan anyaman dari negeri-negeri lain dengan proses proses lagang,pipeh ,sisip dan kerat sebagaimana diterangkan dibawah.
     
Terdapat lima peringkat proses menganyam iaitu :

A) Lagang

Kerja-kerja lagang adalah asas atau tulang kepada rekabentuk anyaman tikar mengkuang serta juga menentukan panjang dan bentuk anyaman.Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan ‘corak’.

B) Anyaman

Anyaman pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau anyaman sulam.Anyaman dimulakan dari bahagian tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bahagian tepi.Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan bentuk anyaman bagi menyerlahkan bentuk kelarai.

C) Pepeh atau Lepih

Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman

D) Sisip

Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam bilah anyaman atau disisip supaya nampak kemas dan tidak terurai dari anyaman.

E) Kerat

Pepeh,sisip dan kerat adalah kerja-kerja berkaitan diantaranya.



Anyaman tikar mengkuang corak pelekat.


Yang ini anyaman disebelah tepi.


 Mematikan tepi anyaman.


Setelah siap menganyam marilah kita lihat hasil anyaman kelarai tersebut yang antaranya disimpan begitu lama oleh pemiliknya.


Tikar mengkuang.


Begitu cantik anyaman dan corak kelarainya.


Tikar beralas.


Kelarai Beras Patah.


Yang ini tikar alas duduk tempat makan.




Jenis tikar untuk digunakan menjemur padi.


Di Semerbok kebanyakan anyaman mengkuang, anyaman biasa sahaja tidak banyak warna atau menggunakan celup warna. Bentuk kelarai pun kelarai bebas, tidak menggunakan banyak ragi atau kelarai sepertimana di Melaka. Berapa ramai lagi warga Mobok yang boleh menganyam mengkuang, sedangkan kemahiran berkenaan perlu diturunkan ke generasi sekarang. Melihat bahan mentah iaitu mengkuang sudah hampir pupus, masih adakah lagi anyaman tikar dipelajari oleh generasi sekarang ?

 Foto-foto tikar mengkuang adalah sumbangan dari blog "Sumpahan Tok Kadok - aisbatu.blogspot.com.




7 ulasan:

  1. assalamualaikum..masih ada lagi ker..saya nak order utk project..
    0132002001 azmi

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam,
    Maaf tuan, generasi yang sediaada tidak memelihara perdu mengkuang ini dan seni anyaman mengkuang juga tidak diperturunkan. Kini tiada sesiapa lagi yang menganyam tikar sepertimana dahulu. Semua perdu- atau pokok mengkuang ini telah dibersihkan untuk projek pemulihan tanah terbiar bagi menanam padi dan nenas di Semerbok dan di Sungai Serai.

    BalasPadam
  3. Itu adalah satu kraftangan asli orang Semerbok. Mengapa begitu cetek daya pemikiran org yg menjadi ketua disana. Mengkuang tidak pernah ganggu gugat proses pertanian menanam di Semerbok sejak dulu.

    BalasPadam
  4. En. Riduan dan En.Zul, terima kasih kerana melayari blog Kg Semerbok,kesenian anyaman mengkuang serta hasil seni yang lain-lain pun telah ditelan oleh peredaran zaman.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Maaf tuan, pokok mengkuang pun dah pupus dan yang pandai menganyam tikar pun dah tak ada. Mungkin budaya menganyam ni perlu diperbaharui dengan mengadakan bengkel khas untuk menarik minat generasi muda. Tiada sesiapa lagi yang boleh di beri alamat mereka kerana generasi lama dah tiada dan yang boleh menganyam pun dah uzur serta sukar untuk mencari yang berkebolehan lagi.

      Padam