Khamis, 30 Januari 2014

PROGRAM MAULIDUR RASUL BERSAMA HABIB ALI ZAINAL ABIDIN DI MASJID ASSALAM, BUKIT SENTOSA.


Selaku Pengerusi Majlis iaitu saudara Kamarulzaman Redza, warga Mobok diperantauan ini telah diberi peranan besar dan penting bagi mengelolakan majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 27hb.Januari bersamaan 25Rabiulawal 1435Hijrah di Masjid ini dengan tetamu undangan serta penceramah Tuan Guru Habib Ali Zainal Abidin .



Habib dan Tuan imam - Sementara menunggu solat Maghrib.



Majlis Salawat yang dipimpin oleh Tuan Guru Habib Ali Zainal Abidin.


Bersalawat .


Tuan Guru Habib Ali sedang menyampaikan ceramah.



Antara Hadirin yang sedang Khusyuk mengikuti ceramah.


 Mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Habib.




Wajah senyum dan bercahaya.


Majlis Taqnik.
(Saudara Kamarulzaman berselempang Hijau)

Majlis makan bersama Habib.


Saudara Kamarulzaman - Majlis makan bersama Ajk Masjid.

Saudara Kamarulzaman merupakan anak ke tujuh dari pasangan Arwah Redza dan Sabiah (Kg Semerbok), beliau bekerja dengan DBKL dan bermahligai di Bukit Sentosa Rawang. Rumahnya di Semerbok adalah berhampiran dengan Masjid Semerbok. Beliau juga merupakan Bilal di Masjid Bukit Sentosa yang sering mengalunkan suara Azan di Masjid ini. 

Sabtu, 25 Januari 2014

MAJLIS PERASMIAN PROJEK AGROTEK PENANAMAN CILI.



Tn Haji Mohd Joned bersama YB Dato Dr Awaluddin.

Pada 24hb Januari 2014 jam 3.30petang telah berlansungnya perasmian Projek Agrotek penanaman cili di Kampong Semerbok yang dirasmikan oleh ADUN Kota YB Dato Dr Awaluddin Bin Said( Speaker Dawan Undangan Negeri.Sembilan ). Ladang yang diusahakan oleh Tuan Haji Mohd Joned (Tok Ompek) berkeluasan satu hektar yang terletak di Kampong Semerbok. 



Produk Asfa Cili yang kini dihasilkan.


Ladang Cili Argotek milik Tuan Mohd Haji Joned
berkeluasan satu hektar.

Selain penternak Rusa yang dijalankan oleh saudara Dwan Wahab di Kampong Semerbok, kini Kampong Semerbok telah maju setapak lagi dengan wujudnya Ladang Cili yang diusahakan secara agrotek. Dengan berbekalkan semangat dan usaha gigih dari Tuan Haji Mohd Joned maka lahirlah sebuah ladang Cili yang diusahakan secara komersial seluas satu hektar dengan standard digredkan melalui khidmat nasihat Jabatan Pertanian. Kami selaku warga Semerbok amat berasa bangga dengan segala usaha yang dijalankan oleh Tok Ompek ini, syabas kami ucapkan dari warga mobok.

Dengan harga bahan mentah dan sayuran yang melambung akhir-akhir ini amat bersesuaianlah dengan pengusaha ladang cili ini diberi keutamaan serta sokongan berbagai pihak bagi meningkatkan ekonomi penduduk Kampong. Pengusaha sebegini sewajarnya dicontohi oleh kita semua yang bukan sahaja menaikan taraf hidup(ekonomi bumiputra) tapi mengembeling harga sayuran dipasaran agar kita tidak dikotak katikan dengan harga yang melambung.

Berikut adalah foto-foto dimajlis perasmian Projek Agrotek Penanaman Cili yang telah dikirimkan oleh anak jati Semerbok Saudara Aziz Ujang :-



YB Dato Dr Awaluddin Bin Said.


YB sedang memeriksa dan memotong cili yang segar.



Penolong Pegawai Daerah - Rembau.




Pegawai Pertanian Daerah Rembau - Encik Norasid.



Tuan Haji Yahya.


Ketua Kampong Semerbok (Md Shah).


Tok Ompek sedang menyampaikan sepatah dua kata.



Tok Ompek.



Tok Ketua sedang bertanya sesuatu 
kepada Pegawai pertanian.





Para jemputan serta tetamu yang hadir.

Penduduk Semerbok juga beramai-ramai hadir 
meraikan majlis perasmian.





Antara tiga warga Mobok yang turut 
berminat denga Argotek.


Sokongan dari warga wanita Mobok.


Ahlijawatankuasa Masjid Semerbok 
tetap hadir memberi sokongan.


Musaanif Atin sedang menerangkan sesuatu
mengenai ladang cili agak aie.


Pokok-pokok cili serta buah cili yang segar









Ladang Cili.



Dimana jua ada usaha disitu ada jalan, dan jalan itu pula terbentang menuju kejayaan. Bumi Allah nan luas seharusnya kita juga berusaha seperti Tok Ompek Tuan Haji Mohd Joned mengusahakan sebuah ladang nan luas.Selamat maju jaya kepada pengusaha ladang ini.


Selasa, 21 Januari 2014

SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA REMBAU,NEGERI SEMBILAN.


Pada 15hb.Disember 2013 yang lalu, STIAS telah kembali dengan sessi persekolahan yang baru (2014) dimana pendaftaran pelajar-pelajar baru dan lama dilaksanakan pada tarikh tersebut yang bermula kira-kira jam 8.30pagi. Sessi penerangan mengenai STIAS telah diadakan sehingga jam 11.00pagi di Madrasah dan dewan utama, selepas itu pembayaran yuran dibangunan utama serta pembelian buku di tingkat bawah bangunan yang sama. Selesai pembayaran yuran dan pembelian buku, den pun segeralah ke asrama pula untuk menempatkan semua beg dan persiapan lainnya.



Bangunan Utama/Pejabat & Kelas.


Bangunan Kelas/Bilik Darjah.


 Madrasah/Dewan Utama.


 Sessi penerangan sedang berlangsung.


 Didalam Madrasah.


 Sesi Penerangan telah selesai.




Antara Pelajar STIAS.


 Bangunan Asrama Lelaki.


Asrama Lelaki juga.


 Bangunan Utama - Pembayaran Yuran.


Kelihatan Kantin dan sebelahnya padang.


Laluan tanpa kasut.


Asrama Perempuan.


Rumah Tamu .
(Bentuk rumah yang cantik)


Rumah Nan Beradat.


Kain Rentang - SPM.


Turut terentang kain rentang PMR.



Sekolah STIAS yang terletak di Chenkau Hulu ini adalah menjadi kebanggaan kita sebagai warga Negeri Sembilan.