Sabtu, 4 Januari 2014

AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN MASJID MOBOK.



 Masjid Semerbok Nan Tuo.



Pada akhir bulan Safar yang lalu Masjid Mobok telah mengadakan majlis gotong royong dengan dihadiri oleh anak-anak kariah serta Ajk Masjid termasuk Tuan-tuan Imam. Kegiatan sebegini harus kerap diadakan, bukan saja untuk membersih kawasan masjid tapi bagi merapatkan hubungan silaturahim antara orang-orang kampung serta semua anak-anak kariah yang hadir. Bagi menghilangkan dahaga dan penat lelah bersama-sama bergotong royong, pihak Masjid telah menyediakan sedikit juadah serta air minuman kepada semua yang hadir.


YM Dato Bangsa Balang Hj. Yahya Musa,merangkap Imam 1 Masjid Semerbok, turut melaksanakan bersama gotong royong yang diadakan pada hari tersebut.



Berikut adalah foto-foto yang disumbangkan oleh Encik Aziz Ujang semasa gotong royong diadakan.Mereka-mereka yang turut sama terlibat dalam gotong royong ini tak perlulah diperkenalkan lagi kerana dah konal bonar kito dengan semuo aie...........


























Semoga segala sumbangan ikhlas saudara -saudara bagi membersihkan kawasan Masjid dan persekitaran akan turut diberi ganjaran pahala dari Nya jua ...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan