Jumaat, 3 Januari 2014

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ALUMNI SEMENDA.





Majlis penyerahan sumbangan kepada Pengetua Semenda pada 28hb Dis 2013, alhamdulillah mencapai matlamat memberi sumbangan kepada sekolah. Sebanyak RM 7k telah disumbangkan, Terima kasih pada alumni yang menyumbang, Terima kasih juga kepada individu yang menaja majlis penyerahan sumbangan ini.

Puan Zaimah Daud - Setiusaha Alumni Semenda.








Alumni Semenda 2013.


Logo Alumni Semenda.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Alumni Semenda telah diadakan pada 7 Disember 2013 di Dewan Sekolah tersebut serta telah di hadiri oleh bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru sekolah tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut sehingga berjaya mengumpul dana sebanyak Ringgit Malaysia 7,000.00. Sesungguhnya bukanlah kerja mudah untuk berusaha mengumpulkan dana sebanyak itu, oleh kerana semua Ajk Alumni bekerja keras maka lahirlah majlis penyerahan sumbangan berkenaan pada 28/12/2013.

Semoga majlis-majlis Alumni yang akan datang sama-sama kita hadiri dan menyumbang untuk kesejahteraan pelajar-pelajar Semenda, sekolah yang pernah meremajakan dan mendidik kita untuk meneruskan kelangsungan hidup dikelas dewasa yang sekarang kita lalui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan