Sabtu, 25 Januari 2014

MAJLIS PERASMIAN PROJEK AGROTEK PENANAMAN CILI.



Tn Haji Mohd Joned bersama YB Dato Dr Awaluddin.

Pada 24hb Januari 2014 jam 3.30petang telah berlansungnya perasmian Projek Agrotek penanaman cili di Kampong Semerbok yang dirasmikan oleh ADUN Kota YB Dato Dr Awaluddin Bin Said( Speaker Dawan Undangan Negeri.Sembilan ). Ladang yang diusahakan oleh Tuan Haji Mohd Joned (Tok Ompek) berkeluasan satu hektar yang terletak di Kampong Semerbok. 



Produk Asfa Cili yang kini dihasilkan.


Ladang Cili Argotek milik Tuan Mohd Haji Joned
berkeluasan satu hektar.

Selain penternak Rusa yang dijalankan oleh saudara Dwan Wahab di Kampong Semerbok, kini Kampong Semerbok telah maju setapak lagi dengan wujudnya Ladang Cili yang diusahakan secara agrotek. Dengan berbekalkan semangat dan usaha gigih dari Tuan Haji Mohd Joned maka lahirlah sebuah ladang Cili yang diusahakan secara komersial seluas satu hektar dengan standard digredkan melalui khidmat nasihat Jabatan Pertanian. Kami selaku warga Semerbok amat berasa bangga dengan segala usaha yang dijalankan oleh Tok Ompek ini, syabas kami ucapkan dari warga mobok.

Dengan harga bahan mentah dan sayuran yang melambung akhir-akhir ini amat bersesuaianlah dengan pengusaha ladang cili ini diberi keutamaan serta sokongan berbagai pihak bagi meningkatkan ekonomi penduduk Kampong. Pengusaha sebegini sewajarnya dicontohi oleh kita semua yang bukan sahaja menaikan taraf hidup(ekonomi bumiputra) tapi mengembeling harga sayuran dipasaran agar kita tidak dikotak katikan dengan harga yang melambung.

Berikut adalah foto-foto dimajlis perasmian Projek Agrotek Penanaman Cili yang telah dikirimkan oleh anak jati Semerbok Saudara Aziz Ujang :-



YB Dato Dr Awaluddin Bin Said.


YB sedang memeriksa dan memotong cili yang segar.



Penolong Pegawai Daerah - Rembau.




Pegawai Pertanian Daerah Rembau - Encik Norasid.



Tuan Haji Yahya.


Ketua Kampong Semerbok (Md Shah).


Tok Ompek sedang menyampaikan sepatah dua kata.



Tok Ompek.



Tok Ketua sedang bertanya sesuatu 
kepada Pegawai pertanian.





Para jemputan serta tetamu yang hadir.

Penduduk Semerbok juga beramai-ramai hadir 
meraikan majlis perasmian.





Antara tiga warga Mobok yang turut 
berminat denga Argotek.


Sokongan dari warga wanita Mobok.


Ahlijawatankuasa Masjid Semerbok 
tetap hadir memberi sokongan.


Musaanif Atin sedang menerangkan sesuatu
mengenai ladang cili agak aie.


Pokok-pokok cili serta buah cili yang segar









Ladang Cili.



Dimana jua ada usaha disitu ada jalan, dan jalan itu pula terbentang menuju kejayaan. Bumi Allah nan luas seharusnya kita juga berusaha seperti Tok Ompek Tuan Haji Mohd Joned mengusahakan sebuah ladang nan luas.Selamat maju jaya kepada pengusaha ladang ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan