Selasa, 21 Januari 2014

MAJLIS MAULIDUR RASUL DI SURAU KUALA MERBOK PADA ISNIN 20/01/2014 - 18RABIULAWAL 1435


Surau Kuala Merbok.

Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Surau Kuala Merbok ini telah diadakan pada hari Isnin 20/01/2014 bersamaan 18Rabiulawal 1435Hijrah. Penceramah yang dijemput pada majlis tersebut adalah Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Ahmad dari Tampin. Beliau merupakan penceramah bebas, Ahli Jawatankuasa Surau telah memberikan kebebasan kepada penceramah untuk menyampaikan ceramah dengan tajuk yang sesuai dengan majlis Maulidur Rasul pada tahun ini.



Jemaah sedang khusuk mengikuti ceramah yang disampaikan di surau ini.




Jemaah bersalaman selepas solat Isyak.


Selesai sembahyang Isyak semua jemaah dijemput 
menjamah hidangan yang dihidangkan dibawah khemah.


Surau Kuala Mobok ini nampak kecil tapi aktif dengan aktiviti keagamaan dikalangan anak-anak kariah dimana sering mengimarahkan surau bila sesuatu aktiviti keagamaan diadakan atau dianjurkan oleh Ajk Surau. Kita sebagai anak-anak kariah marilah turut bersama mengimarahkan surau ini dengan insan-insan terpilih yang turut berkunjung didalam majlis ilmu.



Encik Rosli Yasin.

* Foto dan maklumat adalah info dari Pengerusi Surau iaitu Encik Rosli Yasin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan