Ahad, 30 Disember 2012

HUTAN LIPUR GUNUNG DATUK (2)



Papantanda ini terletak disebelah keris nan sebatang tu.



Laluan masuk ke rumah rehat dan air terjun.


Salah sebuah Rumah Rehat Gunung Datuk.


Ni ramai-ramai ni baru lepas mandi air terjun.


Sebuah lagi rumah rehat yang terdapat disini.


Air terjun yang akhir sekali di bahagian bawah.


Terdapat beberapa tingkat air terjun disini dan kebanyakannya dibahagian atas aliran air,kami hanya berkesempatan melalui dua atau tiga tingkat aliran air terjun sahaja kerana kesuntukan masa. Sebenarnya teruja dengan air terjun ni....nak mandi.


Laluan juggle tracking serta(jambatan), kolam tadahan -untuk berenang serta rumah atau bilek salin pakaian turut disediakan. Terdapat laluan dibelakang pejabat hutan lipur ini untuk mendaki ke Gunung Datuk selain yang terlihat difoto ini.

Sabtu, 22 Disember 2012

HUTAN LIPUR GUNUNG DATUK.




Selamat Datang kat Gunung Dato'.


KOREH NAN SEBATANG NI KAT MANO-MANO ADO DI TEMPAT BERSEJARAH DI NOGORI SEMBILAN. KAT SINI PUN ADO HA....


Nan Senting diLabuhkan, Nan Panjang diKeratkan, Nan Rumping diSisipkan. Papantanda ini di letak jalan masuk ke parking Gunung Datuk. Apo makno dan bidalan bahaso nogori ni den pun tak berapo tau.


Air terjun yang menarik.


Air terjun yang dingin lagi nan sojok.


Aliran air ke kebawah batu-batu menurun.


Tapak perkhemahan.


Tapak yang luas bagi yang ingin berkhemah disini.


Waktu ni kerja-kerja mencantas dahan pokok sedang dijalankan dipersekitaran air terjun dan tapak perkhemahan.


Tempat penginapan juga tersedia bagi 
yang memerlukannya.




Alang Z dan den ngan anak-anak 
dipondok santai Gunung Datuk..


Kawasan parking yang terhad bagi kereta sahaja.


Anak den.


Kulat atau Cendawan.


Cendawan jenis apo pun ontahlah.


Den sebenarnya suka mandi air terjun disini dan nampaknya hari dah petang tak sempatlah nak mandi manda disini dan den rasa lain kali lah den kemari lagi untuk mandi. Jalan masuk kesini melalui jalan besar Seremban Tampin - selepas pekan Kota (kalau dari seremban) masuk ke kiri - Gadong dan selepas sekolah Agama Gadong masuk simpang kanan  ke Gunung Datuk dan akan sampailah ke sini.

SE POTANG DATARAN TAMPIN.


Terdapat banyak tempat riadah di Dataran Tampin ni, semasa foto ni diambil sebuah majlis kahwin sedang berlangsung disini. Tempat berjoggeng,bersenam, makan dan minum serta pelbagai lagi. Mini Stadium tak jauh dari tempat den makan ni.


Dataran Tampin.


Kedai Makanan di Dataran Tampin.

Kat gerai ni terdapat wi-fi free je, cuma tanya kat tuan punya kodai ni apo pass wordnye akan dikobarkannya kepada pelanggan. Ramai juo remajo lepak kat sini.



Nasi Goreng Daging Masak Merah 
dan Mee Goreng Spesial dataran.



Ini juga di Dataran Tampin.


Gerai baru di Dataran Tampin.

Kalau nak tengok gerai ni beroperasi kono datang bolah potang, popia goreng ado, karipap ado dan macam-macam laie terjual disini.

Ahad, 9 Disember 2012

MAKAM TOK NUNGKA NANGKIR DI SEMERBOK



Makam (Panjang) Tok Nungka Nangkir.

Kenapa den nama kan kampong Semerbok ni Kampong nan Tuo ? kerana sejarah silam kampong ini telah terpahat lama tidak terungkai diantara daerah ini. Letaknya makam ini adalah dibelakang Dewan Orang Ramai Kampong Semerbok (dewan ini dah tidak dipakai lagi) cuma anak muda di kampong ini menggunakan cod Takraw dan badminton sahaja apabila di waktu petang untuk mereka bermain.Kampong Semerbok dah ada dewan yang baru.

Makam Tok Nungka Nangkir ini membuktikan penempatan terawal sudah bertapak disini, kemungkinan dizaman kegemilangan Melaka lagi. Kan daerah Rembau ni dulu Melaka punya.....tak banyak cerita sejarah yang diketahui oleh penduduk Kampong Semerbok ini tentang siapakah Tok Nungka Nangkir ni, cuma letaknya makam ini adalah didalam tanah omak den dan dah tentulah ada kaitan dengan nenek moyang den. Makam ini cukup panjang, pada hemat den 25 kaki ke 30 kaki panjangnya.


Makam yang lurus menghadap kiblat.

Kalau mengikut salah seorang pelawat yang menziarahi makam ini, makam berkenaan adalah makam seorang berwibawa didalam masyarakat setempat (mahu pun di pihak kerajaan Melaka lama) dan mungkin kajian mengenai makam ini perlu dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengetahui siapakah milik makam berkenaan. 



Batu Nesan dikepala Makam .


Balai Raya lama Semerbok.

Dulu rumah den ditapak dewan nilah dan pihak kerajaan mengambilnya dengan digantikan dengan tanah pinggir. Walaubagaimana pun rumah den disebolah dewan ni jugak.



Makam Tok Nungka Nangkir terletak disebelah belakang Dewan ini dan kedudukannya terselidung dibelakang dewan. Ramai yang tidak mengetahui adanya makam dibelakang dewan ini lantaran sejarah silamnya tidak dihebahkan.