Isnin, 16 November 2015

KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ HAJI AHMAD SAID (TAMPIN).


Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Said telah diadakan pada 16hb.November 2015 bersamaan 4Safar 1437hijrah hari Isnin. Sedikit rakaman kuliah beliau yang telah sempat dirakamkan oleh salah seorang makmum.


Ustaz Haji Ahmad Said. 

Terima kasih kepada semua yang hadir kerana turut mengimarahkan surau dengan menghadirkan diri kemajlis ilmu di Surau Kuala Merbok, kampong kito.

Sabtu, 14 November 2015

KULIAH MAGHRIB - USTAZ FATHURRAHMAN MOKTAR.



Ceramah bulanan yang diadakan diSurau Kuala Merbok dan alhamdulillah kehadiran amat memberansangkan oleh anak-anak kariah serta tetamu yang lainnya.

Rabu, 11 November 2015

MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI SURAU KUALA MERBOK.


Kursus Intensif Pengurusan Jenazah ini diadakan pada 10hb.Nov 2015 bersamaan 28Muharram 1437 hari Selasa, ianya bagi melatih dan memberikan pendedahan pengurusan jenazah sebenar kepada peserta khususnya bagi kaum wanita. Kursus dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Pengerusi Surau Encik Rosli Yasin dengan ucapan alu-aluannya berterima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Surau yang kuat bekerja bagi menjayakan apa saja majlis yang akan diadakan di surau ini. Alhamdulillah dengan kerjasama semua termasuk penyumbang dana bagi kursus ini serta dua tenaga pengajar yang diimport khas dari Kuala Lumpur iaitu Ustazah Siti Rosnah dan Ustazah Norizan Wahab maka terlaksanalah apa yang kita jayakan pada hari ini.


Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau.

Beliau berbesar hati dengan kehadiran peserta kaum wanita yang hadir di Surau Kuala Merbok bagi mengikuti kursus yang julung julung kali diadakan di Surau Kuala Merbok ini, dalam ucapan beliau juga,telah menyentuh mengenai serba sedikit perjalanan kursus iaitu sesi pagi adalah“ Pengurusan Pesakit Nazak dan Awal Kematian” dan “ Teori Pengurusan Memandi dan Mengkafan Jenazah” agar semua peserta yang hadir mempelajari semua ilmu pengurusan jenayah yang diperturunkan oleh kedua-dua Ustazah bagi diperaktikkan nanti apabila tiba masa pengurusan jenazah yang sebenar. Manakala sesi kedua di sebelah petang pula praktikal yang dikendalikan oleh Ustazah ustazah ini akan menumpukan kepada sesi pengurusan jenazah (mandi,kafan dan sembahyang jenazah), iaitu dari segi mengkafan serta menggunakan semua peralatan yang telah disediakan oleh pihak surau. Dan diharap sesiapa yang menjadi model jenazah tidak berasa takut malah menginsaf diri bahawa suatu masa nanti kita semua akan kembali kepadaNya jua.Selamat berkursus kepada semua peserta.


Pengerusi Majlis - Kapten (B) Encik Zul.


Disesi sebelah pagi - Ustazah Siti Rosnah sedang menerangkan kepada semua peserta melalui dokumen atau risalah yang disediakan untuk setiap peserta bagi adat-adat melawat pesakit yang dianjurkan oleh Islam.


Disesi petang pula sesudah makan tengah hari dan solat Zohor berjamaah, diadakan secara praktikal semua pengurusan jenazah dan sembahyang jenazah dengan setiap peserta di beri kefahaman dari menggunting kain kafan serta hinggalah urusan berkaitan dengannya selesai.






Jam 3.45petang Majlis Kursus Pengurusan Jenazah telah pun sampai ke penghujungnya dan sesi bergambar bagi semua peserta dilakukan. Semua peserta telah memberi komitmen yang tinggi terhadap penumpuan kursus jenazah di surau ini dan mereka berpuas hati terhadap penerangan dan tunjuk ajar yang dijalankan oleh kedua-dua tenaga pengajar kursus.





Dalam ucapan penutup oleh Pengerusi Surau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta dan tenaga pengajar kerana telah berjaya menjalankan kursus dengan jayanya. Pengerusi juga menyarankan agar kursus-kursus sebegini kerap diadakan bagi melatih dan mendidik anak-anak kariah mendalami ilmu-ilmu fardu kifayah, agar wujudnya pelapis yang boleh mengambil alih tugas yang menjadi tanggungjawab semua masyarakat dan kariah kita didesa atau di Kampong Semerbok Nan Tuo yang tercinta ini. Ribuan terima kasih kepada penyumbang dana bagi program kursus, kepada orang perseorangan yang turut menyediakan kueh mueh, penyediaan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang kepada semua peserta dan kepada semua anak-anak kariah yang terlibat mahu pun secara langsung atau secara tak langsung dalam program yang dilaksanakan.

Pengerusi Surau juga sedang merancang untuk mengadakan Kem Solat untuk para remaja dan kanak-kanak di Surau ini bagi memberi pendedahkan cara solat yang mengikut sunnah dan cara membaca ayat Al-Quran yang betul dikalangan semua anak-anak remaja kariah.Kepada sesiapa yang ingin turut serta untuk menyumbang dana bagi menjayakan program berkenaan silalah berhubung dengan Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari atau pun Ajk surau.

Selepas solat Asar berjamaah semua peserta dan penceramah dijemput menjamah hidangan minum petang dan bersurai.

Ahad, 8 November 2015

MAJLIS PERKAHWINAN AINA & KAMIL DI MERU KLANG SELANGOR.



Pada hari ini 8/11/2015 Ahad, Tuan Haji Manan Bin Haji Pendek dan Hajjah Na'aimah Bt Haji Rahmat telah melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan beliau bertempat sepertimana tertera dikad jemputan dibawah. Ramai warga Semerbok hadir dimajlis perkahwinan anak Tuan Haji Manan ini dan majlis sungguh meriah. Anak-anak Semerbok walau jauh merantau namun jika majlis-majlis perkahwinan anak-anak mereka, mereka tetap menjemput puak waris yang berada dikampong halaman.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Rahmat Kepada Aina dan Kamil, Limpahkanlah Nur Kasih Kebahagian Keatas Pasangan Suami Isteri Ini, Dan Kurniakan Zuriat Yang Soleh & Solehah serta Sakinah Didunia & Akhirat - Amin -







Selamat Pengantin Baru kepada Aina dengan pilihan hatinya Kamil,dari kami Blog Semerbok Nan Tuo dan kepada Tuan Haji Manan dan Hajjah Na'aimah selamat menerima menantu.

Sabtu, 7 November 2015

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA (MUSLIMAH) ANJURAN SURAU KUALA MERBOK.




Adalah dimaklumkan satu sessi Kursus Pengurusan Jenazah Wanita (muslimah) akan diadakan sepertimana tarikh dan masa yang tertera diatas. Semua Muslimah atau wanita kariah Merbok dijemput hadir bagi mengikuti kursus berkenaan.



Notis Pemberitahuan.


Aturcara  Kursus.

Dari Aisyah berkata Rasulullah : "Barang siapa memandikan mayat dan dijaga kepercayaan, tidak dibukakannya kepada orang lain apa-apa yang dilihat pada mayat itu, bersihlah ia dari segala dosanya seperti keadaannya sewaktu dilahirkan oleh ibunya. Kata beliau lagi, hendaklah yang mengepalainya keluarga terdekat kepada mayat jika pandai memandikan mayat, jika ia tidak pandai maka siapa saja yang dipandang berhak kerana waraknya atau kerana amanahnya " (Riwayat Ahmad).

Ayuh warga Merbok, marilah kita sama-sama mempelajari serta mendalami dengan menghadirkan diri di Majlis pengurusan jenazah ini kerana tanggungjawap kita juga bagi menguruskan ahli keluarga terdekat kita jika berlakunya kematian.