Selasa, 20 Oktober 2015

CERAMAH MAAL HIJRAH 1437 OLEH USTAZ FATURRAHMAN.


Sepertimana yang diumumkan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Faturrahman yang diadakan pada 17hb.Oktober 2015 bersamaan 4 Muharram 1437 Sabtu malam Ahad di Surau Kuala Merbok. Intipati ceramah beliau mengajak kita berhijrah daripada perkara-perkara yang tidak baik (yang dilarang) kepada perkara-perkara yang baik atau yang lebih baik (yang disuruh).


Ustaz Faturrahman.





Ruang surau dipenuhi dengan jemaah ahli kariah dan bahagian luar juga terpaksa dibentang tikar bagi semua dapat duduk mendengar ceramah ustaz dengan selesa selama 95minit, yang bermula selepas Maghrib.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1437Masehi dari Kampong Semerbok Nan Tuo.

Isnin, 19 Oktober 2015

CERAMAH BULANAN BERSAMA USTAZ HAJI AHMAD SAID.


Ustaz Haji Ahmad Said akan datang sebulan sekali bagi menyampaikan ceramah dan pengajian di Surau Kuala Merbok pada hari Isnin selepas Maghrib. Pada bulan ini beliau datang pada 19 haribulan September 2015 dan ketika berita ini ditulis baru selesai ceramah beliau disampaikan.





*Berita dan foto telah disumbangkan oleh Duan Rombau.

Khamis, 15 Oktober 2015

MOH DOREH BERSAMA KE CERAMAH MAAL HIJRAH 1437 DI SURAU KUALA MERBOK.




Moh doreh kita ke majlis ceramah Maal Hijrah di Surau Kuala Merbok ini dengan penceramah yang tak asing lagi Ustaz Fathurrahman.......jumpa disana.

Selasa, 13 Oktober 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1437 DISURAU KUALA MERBOK.




Selamat menyambut awal Muharam, semoga Allah member kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.



Ahad, 4 Oktober 2015

MAJLIS KURBAN DIMASJID SEMERBOK 1436/2015.


Kurban diMasjid Semerbok telah dijalankan pada selepas sembahyang hari raya 24/09/2015 iaitu kira-kira pukul 10.00pagi dan sebelah petang selepas waktu zohor pada 2.30petang, sebanyak tiga ekor dikorbankan pada tahun ini. Marilah kita lihat foto-foto yang sempat dirakamkan oleh penulis blog.
















Penulis blog memohon maaf kerana agak lambat menerbitkan rakaman dan foto-foto majlis kurban diMasjid Semerbok ini kedalam blog kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakan.

Khamis, 1 Oktober 2015

SUSULAN KES PEMBUANGAN SISA ORGAN BABI DI ANAK SUNGAI KENDONG.


Hari ini pada 29/09/2015 pegawai dari pejabat PERHILITAN Seremban datang melawat lokasi tempat pembuangan sisa sisa organ babi hutan di Anak Sungai Kendong.


Pegawai Perhilitan.

Memang sepatutnya perkara ini diketengahkan untuk diatasi dan pencegahan dari ianya berlaku lagi. Jangan biarkan sungai-sungai kita dicemari dengan sisa-sisa bahan yang terlarang hatta sampah sarap pun seharusnya kita hindari dari membuangnya kedalam sungai. Bekalan air minuman untuk disalurkan kedalam paip adalah bersumberkan sungai yang sekarang ni dah tak berapa nak mengalirkan air. Sayangilah sungai-sungai kita kerana punca air yang berharga tu adalah dari sana dan sama-samalah juga kita menjaganya.