Jumaat, 15 Disember 2017

KULIAH TAUHID



GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PERKUBURAN TIGA NENEK.



Gotong royong membersihkan kawasan perkuburan tiga nenek,kg.Semerbok,kota,N.sembilan

Tarikh : 15/12/17 (jumaat)
Masa : Selepas solat asar

Semua diminta hadir dgn membawa barang2 keperluan sendiri.
Jamuan disediakan.Terima kasih.


Ahad, 3 Disember 2017

KULIAH MAGHRIB - SURAU KUALA MERBOK..



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DISURAU KUALA MERBOK.


Sambutan Maulidurrasul telah diadakan serentak dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azman bin Ahmat dari Pusat Kauseling MAIN'S. Majlis diadakan pada 12Rabiulawal 1439 bersamaan 01/12/2017 Sabtu selepas Maghrib.




 



Foto dan berita adalah dari Pengerusi Surau Kuala Merbok.

Jumaat, 24 November 2017

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO DI HARI GRADUASI & ANUGERAH KECEMERLANGAN SK SEMERBOK.

Pada 23Nov 2017, Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo turut dijemput untuk sama-sama meraikan Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Kampung Semerbok. Majlis telah disempurnakan oleh En.Samsul Kamal Bin Abu Hassan - Penyelia Kokurikulum PPD Rembau.


Encik Samsul Kamal sedang berucap dan merasmikan majlis Graduasi.














Video dan maklumat adalah dari Encik Rosli Yassin & Acad Pendekar.

Selasa, 7 November 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR - MURID-MURID SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SEMERBOK.


Pada hari Sabtu 4/11/2017 yang lalu,murid-murid Sekolah Rendah Kebangsaan Semerbok telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur.








Kiriman foto-foto adalah dari encik Rosli Yasin.

Isnin, 30 Oktober 2017

SESEKALI WARGA SURAU KUALA MERBOK MEMANCING UDANG DI SG TIMUN.


Dihujung minggu iaitu hari Ahad yang lepas 29hb.Oktober 2017 beberapa orang warga Surau Merbok telah mengisi masa lapang dengan memancing udang di Sungai Timun, Dengkil Selangor.  


Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau Kuala Merbok.


Abang Hamzah dan Acad Pendekar.




Acad dengan tangkapan udang nya.


Begitu juga dengan Abang Hamzah

Beriadah sambil mengisi masa lapang dengan kegiatan yang mendatangkan hasil tangkapan udang galah, selamat memancing dengan tangkapan yang lumayan.

Khamis, 26 Oktober 2017

KEDAI SANTAN DICHENGKAU TERBAKAR.


Pada tengah hari tadi sebuah kedai diChengkau telah terbakar dan tidak pula diketahui punca kebakaran dan pihak bomba telah sampai dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.



Kiriman foto dari saudara Rosli Yasin - Kuala Merbok.

Selasa, 10 Oktober 2017

JEMPUTAN MENGARAK PENGANTIN DI DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - DIKIR REBANA SNT.

Pada 7hb.Oktober bersamaan hari Sabtu Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah dijemput di Dewan Majlis Perbandaran Seremban untuk mengarak pengantin dan membuat persembahan. Terima kasih kepada tuan rumah dan kedua mempelai serta selamat pengantin baru dari kami Semerbok Nan Tuo.







Isnin, 9 Oktober 2017

KEBAKARAN SURAU KAMPUNG RELONG, PENAJIS NEGERI SEMBILAN.


Pada 28September 2017 Surau ini telah dilaporkan terbakar dan tak sempat diselamatkan, punca kejadian masih belum diketahui. Penulis ke tempat kejadian tiada sesiapa disana untuk ditemu bual bagi menerangkan kejadian kebakaran tersebut. Berikut adalah foto ditempat kejadian yang sempat dirakamkan.


Surau Kg Relong - ketika kebakaran.


Beginilah keadaan surau semasa lawatan tapak penulis ketempat kejadian.