Rabu, 1 Oktober 2014

ZUL TOLO - TOLO ZUL.



Zul Tolo.

Di Chengkau antara jalan Kota Ke Rembau terdapat sebuah kedai yang menjual telor ayam secara harga rendah. Sepertimana papan tanda yang terpanpang ni tuan-tuan bacalah sendiri, mungkin perkataan berkenaan menarik pelanggan yang melalui jalan Chengkau kampong den ni ha.

Di musim perayaan kedai ini tak menang tangan menerima pesanan dari pelanggan serta cuti sekolah untuk bunga telor pasangan yang berkahwin. 


Zul Tolo - Tolo Zul.


Jika dari pekan kota atau Tampin untuk singgah mudah sedikit dan kawasan parking juga mudah tapi jika dari Rembau/Chengkau jalan rayanya agak berselekoh tajam dan garisan tengah yang double tidak boleh menyeberang dan tuan-puan kena berhati-hati melintas untuk menyeberang ke kedai "tolo" berkenaan.




Maso den singgah kat kodai Zul, hari Malaysia dan dio 
tak lupo turut gantung bendero Malaysia.


Dari arah Rembau/Chengkau.


Yang ni dari arah Koto.






2 Pembantu kodai tolo (baju kuning belako) 
termasuk la rumah pun kuning.


Yang ini Ben baju kuning - Jumpo sei 
kalau oder tolo, kato aei kat den.




Yang ini bosar sikit tolo aei, rhego lobih la sikit.


0.30sen sebijik.


0.25 sen sibijik.


Kedai Zul Tolo turut mempelbagaikan jualan dikedainya dengan cencalok, madu lebah dan beberapa barangan lagi untuk menjadi pilihan tuan-puan semasa singgah dikedainya.


Kedai ini turut memaparkan keratan akhbar tentang jualan "tolo" sedikit masa dahulu di kedai berkenaan yang mendapat sambutan hangat di daerah Rembau.


Pagar dan rumah sama kuning, mungkin kod perniagaan "tolo" Zul ni adalah warna kuning sepertimana kuningnya tolo di kedainya. Marilah kita singgah kat kedai ini yang membekalkan tolo terus dari ladang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan