Ahad, 27 Ogos 2017

KEMBARA AMAL KEMBOJA 2017.



Majlis Pelepasan Kembara Amal Kemboja
Tarikh:25 /8/17
Masa: 2.45pm
Pelepasan:3.15pm
Pelepasan dilakukan oleh YBhg SS Dato' Hj Mohd Yusof Bin Haji Ahmad, MUFTI Kerajaan Negeri Sembilan
Moga perjalanan sahabat - sahabat kami dipermudahkan dari sebarang kesukaran, dilindungi dari segala musibah, dilancarkan dari sebarang kepayahan dan diberikan kesihatan yang baik dalam perjalanan . Moga Allah berkati segala usaha mereka. Aamiin...

Selamat jalan saudara Duan Twl mewakili anak Mobok ke kemboja 

Saya doakan semoga perjalanan Konvoi selamat pergi dan balik.














Alhamdulillah, semuga bermusafiran ke kemboja di berikan Perlindongan, keselamatan serta di permudahkan segala urusan ke sana oleh Allah SWT. In Sya Allah




KERJA-KERJA MEMBINA TEBATAN BANJIR DILALUAN LUBUK CHARIGH.


Kerja -kerja pembinaan tebatan banjir bagi menahan hakisan serta melancarkan laluan limpahan air ketika hujan dan dimusim tengkujuh sedang giat dibina di persimpanga Masjid Semerbok hingga ke lubuk Charigh. Oleh yang demikian diminta semua kenderaan mempelahankan kenderaan ketika melalui jalan berkenaan bagi memastikan keselamatan jalan raya kitaka kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. Utamakan keselamatan tuan puan.


 



Isnin, 21 Ogos 2017

REBANA SEMERBOK NAN TUO DI CHEMBONG.


Persembahan kami KUMP. REBANA SEMERBOK NAN TUO di Desa Cembong Rembau pada  29/7/17.


Meraikan pengantin.

SYIDI DAN KAMILAH DI RAIKAN RAJA SEHARI DIPERKARANGAN REPLIKA RAJA MELEWAR - ASTANA RAJA.

Pada tanggal 19hb.Ogos 2017 telah berlangsungnya majlis perkahwinan putera kedua kepada Encik Johari Redha dan Puan Mazni Bt Baharuddin iaitu Mohd Rasyidi dengan pasangan Nur Kamila bt Kaswan. Bertempat di perkarangan Replika Istana Raja Melewar Astana Raja, Kota Negeri Sembilan. Majlis ketibaan pengantin telah diiringi atau diarak dengan paluan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo yang dipimpin oleh saudara Aziz Ujang berserta anak-anak buahnya.


Mohd Rasyidi & Nur Kamilah - Majlis Makan Beradap 
















Saudara Johari dan puan Mazni mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara serta sahabat handai dan semua tetamu yang turut meraikan majlis perkahwinan putera beliau. Tak ketinggalan juga kepada Kumpulan Rebana Semerbok Nan tuo yang menyerikan majlis ketibaan pengantin dan kepada semua yang terlibat dengan penyediaan masakan dan khemah.

"Ya Allah Ya Tuhankami, Kurniakanlah Pasangan Ini Zuriat Yang Soleh & Solehah. Lapangkan lah  Rezeki mereka serta Semoga Hidup Bahagia Sepanjang Hayat. Amin Ya Rabbal Alamin".

Khamis, 10 Ogos 2017

KAMPUNG SUNGAI SERAI, SEMERBOK KOTA NEGERI SEMBILAN.


Saksikan lah rakaman perjalan melalui jalan kampung Sungai Serai yang telah dirakam oleh saudara Dizay164 (Yazid Abd Rahman dari Kampung Solok). terima kasih kepada beliau kerana mengirimkan rakaman video ini untuk kita tonton bersama suasana terkini di Kampung Sungai Serai.


Kampung Sunagi Serai.

Beliau telah merakamkan video ini bagi mengenangkan suatu ketika dulu semasa zaman menoreh getah berulang alik dari Kampung Solok ke Kebun Getah Tanah Pinggir di Kampung Sungai Serai atau berhampiran dengan Hi-Way Plus. Dulu mengayuh basikal meredah kedingin subuh pagi bagi mencari sesuap nasi tapi kini suasana berbeza walau jalan yang ditempohi suatu ketika dulu tetap sama, cuma sekarang dah bertar dan tidak lagi melalui jalan berlumpur. Dulu begitu ramai penghuni kampung Sungai Serai dengan pelbagai aktiviti tanaman padi dengan sawah terbentang serta kebun getah di pinggiran, namun zaman ini penghuni dikampung berpindah kebandar. Tanah sawah dipajak ke orang mendatang dan kebun getah ditoreh oleh orang seberang. Kampung dah sunyi dengan tiada berpenghuni dan adat tradisi kita makin terhakis oleh kemodenan zaman.