Isnin, 21 Ogos 2017

SYIDI DAN KAMILAH DI RAIKAN RAJA SEHARI DIPERKARANGAN REPLIKA RAJA MELEWAR - ASTANA RAJA.

Pada tanggal 19hb.Ogos 2017 telah berlangsungnya majlis perkahwinan putera kedua kepada Encik Johari Redha dan Puan Mazni Bt Baharuddin iaitu Mohd Rasyidi dengan pasangan Nur Kamila bt Kaswan. Bertempat di perkarangan Replika Istana Raja Melewar Astana Raja, Kota Negeri Sembilan. Majlis ketibaan pengantin telah diiringi atau diarak dengan paluan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo yang dipimpin oleh saudara Aziz Ujang berserta anak-anak buahnya.


Mohd Rasyidi & Nur Kamilah - Majlis Makan Beradap 
















Saudara Johari dan puan Mazni mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara serta sahabat handai dan semua tetamu yang turut meraikan majlis perkahwinan putera beliau. Tak ketinggalan juga kepada Kumpulan Rebana Semerbok Nan tuo yang menyerikan majlis ketibaan pengantin dan kepada semua yang terlibat dengan penyediaan masakan dan khemah.

"Ya Allah Ya Tuhankami, Kurniakanlah Pasangan Ini Zuriat Yang Soleh & Solehah. Lapangkan lah  Rezeki mereka serta Semoga Hidup Bahagia Sepanjang Hayat. Amin Ya Rabbal Alamin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan