Khamis, 10 Ogos 2017

KAMPUNG SUNGAI SERAI, SEMERBOK KOTA NEGERI SEMBILAN.


Saksikan lah rakaman perjalan melalui jalan kampung Sungai Serai yang telah dirakam oleh saudara Dizay164 (Yazid Abd Rahman dari Kampung Solok). terima kasih kepada beliau kerana mengirimkan rakaman video ini untuk kita tonton bersama suasana terkini di Kampung Sungai Serai.


Kampung Sunagi Serai.

Beliau telah merakamkan video ini bagi mengenangkan suatu ketika dulu semasa zaman menoreh getah berulang alik dari Kampung Solok ke Kebun Getah Tanah Pinggir di Kampung Sungai Serai atau berhampiran dengan Hi-Way Plus. Dulu mengayuh basikal meredah kedingin subuh pagi bagi mencari sesuap nasi tapi kini suasana berbeza walau jalan yang ditempohi suatu ketika dulu tetap sama, cuma sekarang dah bertar dan tidak lagi melalui jalan berlumpur. Dulu begitu ramai penghuni kampung Sungai Serai dengan pelbagai aktiviti tanaman padi dengan sawah terbentang serta kebun getah di pinggiran, namun zaman ini penghuni dikampung berpindah kebandar. Tanah sawah dipajak ke orang mendatang dan kebun getah ditoreh oleh orang seberang. Kampung dah sunyi dengan tiada berpenghuni dan adat tradisi kita makin terhakis oleh kemodenan zaman.

2 ulasan:

  1. Terima kasih kepada Saudara "Mobok" kerana sudi menjadikan video saya sebagai bahan di dalam blog saudara. Nama sebanar saya ialah Yazid Abd Rahman berasal dari Kampung Solok, Astana Raja. Video ini dirakam bagi mengenang betapa jauhnya beberapa orang penduduk Solok dengan menaiki basikal berulang alik untuk "motong gotah" di Tanah Pinggir Sungai Serai pada tahun2 60an, 70an dan awal 80an.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama tuan, jika ada artikal atau apa-apa saja yg boleh kita kongsikan bersama sila e-mail kat saya.

      Padam