Jumaat, 26 Disember 2014

SURAU KAMPONG KUALA MOBOK, SEMERBOK KOTA NEGERI NAN SEMBILAN.



Pada 25/12/2014 telah tercatatnya tarikh untuk meroboh surau yang berusia kira-kira 70 tahun ini, bagi memberi laluan membina surau yang baru ditapak yang sama. Gotong royong bersama penduduk telah memudahkan kerja-kerja semua Ahlijawatkuasa surau bagi menyediakan tapak untuk kontraktor yang dilantik memulakan kerja-kerja pembinaan. Syabas dan tahniah kepada semua penduduk kariah Surau ini yang telah mendapat sumbangan dari hamba Allah yang berhati murni bagi membina surau baru. Semoga surau Kuala Mobok ini sempat disiapkan sebelum Ramadhan 1436H yang mendatang.








Binalah saham akhirat kita dengan menyumbang pembinaan surau ini.Sumbangan dari tuan-puan masih terbuka untuk para dermawan menyumbang kewangan atau dalam bentuk apa yang diperlukan oleh sebuah surau. Silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau bendahari.Segala sumbangan bolehlah berurusan dengan Pengerusi encik Rosli yasin ditalian 013-2101797 dan nombor talipon bendahari surau encik Hashim 0123731485. E-mail blog Kg Semerbok Ku Nan Tuo, utzctros@gmail.com.

Selasa, 2 Disember 2014

MAJLIS ILMU DI SURAU KUALA MOBOK - 1/12/2014 ISNIN.


01/12/2014
( Isnin mlm Selasa )
Surau Kuala Merbok
Majlis Ilmu Bersama Ustaz Ahmad Said - Tampin.

Semua maklumat adalah hasil usaha Encik Aziz Ujang dan Encik Rosli Yasin - Surau Kuala Merbok.

  
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Said - Tampin.




















Terima kasih kepada semua Ajk Surau Kuala Mobok kerana sama-sama berusaha mengimarahkan surau serta berusaha dengan begitu gigih bagi mengimpikan terbinanya surau baru yang akan terlaksana tidak lama lagi. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat, terutama kepada para penyumbang, penderma (termasuklah wakaf tanah tapak surau serta wakaf berupa wang ringgit) semoga semua beroleh keberkatan dan pahala dari Nya jua.....amin.

Sabtu, 22 November 2014

MAJLIS WALIMATUL URUS - TN HAJI NAPIAH & HAJJAH ZAINON.



Majlis perkahwinan anak lelaki dan perempuan Tuan Haji Napiah Jaafar dan isteri Hajjah Puan Zainon Shariff telah dilangsungkan di Semerbok.

Kedua-dua Pasangan Pengantin.

Rumah Tuan Haji Napiah Jaafar & Hajjah Puan Zainon - 
diatas bukit menghala ke Sekolah Rendah Kebangsaan Semerbok.

Tuan Haji Napiah sedang menjawab panggilan talipon.





Ada dua khemah - yang ini khemah dibawah.

 Khemah kat atas - bersamo ngan khemah Pengantin.




Yang ni Alang Zakaria - tigo pinggan aei.

Yang ni pulak Mang Lang den - jauh yang dipandang aei.


Tuan Imam En.Zawawi dan rombongannya.

Den awal sikit je dari abang Aziz, kul 11.00. Makan pangka je den dah datang dongan Alang Z, Pak Andak. Kami ucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan pengantin dan pada Tuan Haji Napiah serta  Puan Hajjah Zainon selamat menerima menantu.

MAJLIS ILMU DI SURAU KUALA MOBOK.


Surau Kuala Merbok
21/11/2014
( Jumaat mlm Sabtu )
Majlis Ilmu Terakhir sebelum surau baharu dibina.
Penceramah oleh Ustaz Khalil Hj Ismail.


Hadi Baharom  : Ado berkat elok lah muafakat
Aziz Ujang       : Turut mufakat samo samo setuju
                         turutkan hati samo samo suko

                         kasih sayang buleh dicari
                         setuju di hati payah botomu.


Hadi Baharom  : Dapek nan dihati tak dapek kohondak hati...
                          Dapek kohondak hati tak dapek yang dihati..

  
Ustaz Khalil Hj Ismail.


Kehadiran jemaah dah sampai ketangga dan disebelah luar.







Kaum muslimah yang dikhaskan diruang kecil.

Bersamalah kito berdoa agar para penyumbang wakaf dan penderma menghulurkan bantuan untuk membina surau Kuala Mobok yang baru.