Jumaat, 26 Disember 2014

SURAU KAMPONG KUALA MOBOK, SEMERBOK KOTA NEGERI NAN SEMBILAN.



Pada 25/12/2014 telah tercatatnya tarikh untuk meroboh surau yang berusia kira-kira 70 tahun ini, bagi memberi laluan membina surau yang baru ditapak yang sama. Gotong royong bersama penduduk telah memudahkan kerja-kerja semua Ahlijawatkuasa surau bagi menyediakan tapak untuk kontraktor yang dilantik memulakan kerja-kerja pembinaan. Syabas dan tahniah kepada semua penduduk kariah Surau ini yang telah mendapat sumbangan dari hamba Allah yang berhati murni bagi membina surau baru. Semoga surau Kuala Mobok ini sempat disiapkan sebelum Ramadhan 1436H yang mendatang.








Binalah saham akhirat kita dengan menyumbang pembinaan surau ini.Sumbangan dari tuan-puan masih terbuka untuk para dermawan menyumbang kewangan atau dalam bentuk apa yang diperlukan oleh sebuah surau. Silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau bendahari.Segala sumbangan bolehlah berurusan dengan Pengerusi encik Rosli yasin ditalian 013-2101797 dan nombor talipon bendahari surau encik Hashim 0123731485. E-mail blog Kg Semerbok Ku Nan Tuo, utzctros@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan