Khamis, 1 Oktober 2015

SUSULAN KES PEMBUANGAN SISA ORGAN BABI DI ANAK SUNGAI KENDONG.


Hari ini pada 29/09/2015 pegawai dari pejabat PERHILITAN Seremban datang melawat lokasi tempat pembuangan sisa sisa organ babi hutan di Anak Sungai Kendong.


Pegawai Perhilitan.

Memang sepatutnya perkara ini diketengahkan untuk diatasi dan pencegahan dari ianya berlaku lagi. Jangan biarkan sungai-sungai kita dicemari dengan sisa-sisa bahan yang terlarang hatta sampah sarap pun seharusnya kita hindari dari membuangnya kedalam sungai. Bekalan air minuman untuk disalurkan kedalam paip adalah bersumberkan sungai yang sekarang ni dah tak berapa nak mengalirkan air. Sayangilah sungai-sungai kita kerana punca air yang berharga tu adalah dari sana dan sama-samalah juga kita menjaganya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan