Jalan Seremban - Tampin
( Kampong Gadong ).
Cuti sekolah bulan dua belas yang lalu, den berkesempatan melalui Kampong Gadong ini dan terus menyusuri Jalan Tanah Datar. Den keliru juga kerana sekarang dah ada jambatan keretapi merentang dan memisahkan kedua belah kampong. Sememangnya den pernah kesini tiga empat tahun yang lalu bersama sahabat yang mengetahui tempat ini. Rupanya terdapat sebuah makam keturunan Raja ? disini serta beberapa pusara lama yang tidak berbatu nisan. Difahamkan juga terdapat sebuah makam lagi disini yang mungkin sezaman dengan makam seperti dibawah,iaitu guru silat. Tak berkesempatan pula untuk mengambil foto serta mencari lokasinya.
Diabadikan juga nama jalan di Kampong ini
dengan nama Jalan Tanah Datar.
Makam Siapo Nan Tiado Namo.
Sebahagian dari kuburan lama berada disini.
Rumah Nan Lamo yang Kesepian.
Mungkin kah rumah ini berkaitan dengan makam tersebut ?
Nagori Sembilan kayo dengan adat dan banyak tompat perlu diperjelaskan bagi mengenal sejarah orang-orang nan tuo dulu-dulu kalo. Den gomar ha kemari melihat tompat yang aman dan damai ni......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan