Al-Fadhil Ustaz Nor Azman Bin Ahmad.
Majlis yang dianjurkan secara bersama Masjid Semerbok, Surau Kuala Merbok dan Surau Sungai Serai telah pun berlansung dengan jayanya. Kehadiran sungguh membanggakan dengan awal-awal lagi jemaah telah datang ke masjid, pihak Masjid juga telah memasang khemah diruang luar Masjid. Ceramah Israk dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz jemputan Al-Fhadil Ustaz Nor Azman Bin Ahmad. Majlis bermula selepas sembahyang Maghrib.Marilah kita lihat kemeriahan sambutan Majlis Israk dan Mikraj ini dengan rakaman foto dari encik Aziz Ujang.
Jemaah sedang sembahyang Mahgrib.
Al-Fadhil sedang menyampaikan ceramah.
Muslimat juga ramai yang hadir.
Selepas solat Isyak, semua hadirin dijemput menjamu selera untuk makan malam samaada diruang dalam atau dibawah khemah yang disediakan dibahagian luar.
Hidangan diruang serba guna.
Al-Fadhil Ustaz dan Ajk penganjur
turut mengiringi makam bersama.
Hadirin sedang menjamu selera.
Ruang makan Muslimat disediakan
disuatu sudut ruang serba guna.
Khemah luar disediakan.
En.Aziz Ujang bersamping
dengan baju melayu hijau.
Dengan kerjasama Encik Rosli dan Encik Aziz sebagai juru foto majlis serta semua ketiga-tiga Ajk (Masjid Semerbok,Surau Kuala Merbok dan Surau Sungai Serai) anak-anak kariah yang turut sama terlibat dalam majlis ini, kami merakamkan ribuan terima kasih atas daya usaha murni yang disumbangkan untuk kemajuan Kampong Semerbok serta kegiatan keagamaan bagi mengimarahkan Masjid dan Surau di Kampong kita. Hanya Allah saja yang membalas segala jasa dan budi baik tuan-tuan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan