Panorama keindahan desa nan permai ini dirakamkan pada awal bulan Mei 2014, dimana padi sedang kekuningan tunduk masak dan pohon-pohon buah kuining dan bachang sedang hampir masak. Manakala pohon binjai pula mula berbunga dengan lebatnya sepertimana foto yang sempat dirakamkan. Pohon seperti Pohon lanjut, sepam, rawa rawa dan sejinis pepanjat yang dipanggil timun londang dah lenyap di bumi
Semerbok. Mungkin orang tertua dahulu mengerti tentang penggunaan pohon-pohon berkenaan dan generasi kita tidak banyak yang mengetahui pohon-pohon sepertimana yang disebutkan tadi, ini kerana zaman ini semuanya mudah dan canggih serta perkampungan kebanyakannya sudah kehilangan generasi pelapis untuk menggalas hiraki kehidupan didesa desa nan permai ini.Diharap Semerbok tidak kepupusan generasi yang meneruskan kehidupan didesa dengan adat dan resam yang sedia ada.
Marilah kita renungkan sejenak suasana aman dan kehijauan dilantai Semerbok dengan pemandangan memikat jiwa anak-anak semerbok dirantauan...
Marilah kita renungkan sejenak suasana aman dan kehijauan dilantai Semerbok dengan pemandangan memikat jiwa anak-anak semerbok dirantauan...
Pemandangan disuatu sudut Kg Solok Melaka.
Sawah yang luas terbentang.
Sawah Solok Melaka.
Kekuningan bak kilauan omas.
Yang ini pula didopan dewan lamo Mobok.
Sawah di Kampong Sungai Serai.
Kawasan Sawah berhadapan dengan Empangan Air.
Ini pemandangan di Sungai Serai
didepan pintu pagar Allahyarham Tn Hj Shariff.
didepan pintu pagar Allahyarham Tn Hj Shariff.
Tak lama lagi musim menuai akan tiba kerana pokok padi dah hampir ranum masak, jika dulu kuwi dah dikemaskan untuk mengisi padi baru yang akan dituai. Tapi kini zaman dah berubah kuwi terbiar sepi nan diisi dek barang-barang lamo. Kuwi kita sekarang terletak di Pasaraya Tampin, Pasar Bosar Giant dan Kodai-kodai Mini Market di pekan Kota terutamanya kodai Salam........
Inilah Kuwi (tempat simpan hasil tuaian padi).
Foto adalah sumbangan encik Arshad (Acad).
Setiap rumah di Semerbok wajib ada kuwi ini kerana penyimpanan padi perlu diletakan dengan kemas didalamnya. Padi akan dijemur dahulu dengan menggunakan tikar mengkuang dan akan dimesin untuk menghasilkan beras.Kilang padi bergerak akan datang setiap minggu didepan masjid Mobok atau tempat-tempat yang dikhaskan untuk memesin padi. Zaman den dedulu Pak Cik Embong dari Kampong Solok membawa mesin padi bergeraknya didepan masjid setiap hari Sabtu dan satu lagi dekat kedai Pak Cik Toyot pada hari yang sama ( untuk pesawah dari Sungai Serai). Alangkah baiknya mesin berkenaan dipamerkan disini untuk tatapan generasi hari ini tapi den tak punyai bekalan fotonya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan