Jumaat, 27 Jun 2014

KODAI SARAPAN D'SAWAH - KAMPONG ULU BENDUL.

Pada 18hb Jun yang lalu den sempat singgah bersarapan di kodai D' Sawah ini , yang terletak ditepi jalan dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampong Ulu Bendul. Yang menariknya kodai ini adalah menyediakan air semula jadi dari kaki gunung Ulu Bendul dengan percuma untuk diminum oleh pelanggannya yang singgah disini. Air mineral semula jadi yang banyak khasiatnya tersedia diatas meja untuk pelanggan yang singgah disini. Den lupa lah pulak mengambil gambar botol air berkenaan.


Sedia menerima tempahan jika tuan-tuan berhajat.







Roti canai Istimewa.


Nasi Lemak.


Anika kueh mueh.


Pelanggan yang sedang besarapan.






Terima kasih bang kerana sudi datang, saya jual ya....assalamualaikum.


Taukeh kodai D'Sawah.


Sawah padi yang sedang ranum masak untuk di tuai.


Padi yang menunduk berbuah lebat.



Pemandangan sawah dan bukit bukau dibelakangnya.


Sambil bersarapan mencuci mata dengan damparan sawah padi di sekeliling kodai D'Sawah serta kedinginan suasana ditepi bukit, melambai kita untuk datang lagi kemari melihat sawah padi dan kodai D'Sawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan