Isnin, 9 Jun 2014

TUAIAN PADI DIDESA SEMERBOK NAN INDAH.


Pada awal bulan Mei 2014 kerja-kerja menuai tuaian oleh pesawah telah dilakukan kerana padi-padi telah pun masak. Seperti biasa mesin tuaian digunakan untuk menuai padi, kerja menuai disiapkan kira-kira dalam tempoh masa tiga atau empat hari sahaja. Begitu cepat sekali berbeza dizaman kita dulu memakan masa yang lama dan kita bergotong royong membanting padi atau sebelum itu dengan cara tuai dengan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan. Tanah terbiar di Semerbok dan Sungai Serai dapat diusahakan oleh pesawah pada kali ini dengan jayanya walau pun pada peringkat awal penanaman dilanda musim kering dan hampir memusnahkan tanaman berkenaan.


Mesin tuaian sedang menuai dengan dipandu oleh pesawah.


Padi yang telah masak.


Mesin menuai sedang menuai padi.


Amat mudah dengan mesin penuaian.


Dengan segeranya kawasan sawah telah dituai.












Pada tuaian kali ini, den sempat membeli seguni beras hasil tanaman padi di Semerbok ini, dengan harga yang berpatutan kami membeli kira-kira 30kilo beras yang telah dimesin oleh pesawah dan memang dijual kepada orang-orang kampong yang ingin membeli hasil tuaian pada kali ini.Memang enak nasi beras baru ini dengan kelembutan membuatkan selera kita terbuka.



Butiran beras yang telah den isi kedalam mangkuk.


Mangkuk berisi beras baru dengan hiasan bunga.


Butiran beras foto dari dekat.

Berbudi dengan tanah akan membuahkan hasil dengan usaha yang tak pernah kenal penat lelah walau sawah pernah kekeringan namun usaha dan tawakkal kepada Allah, maka rezeki tuaian memberikan hasil tuaian yang membanggakan para pesawah di Semerbok. Alhamdulillah.....syukur kepada nikmat yang diberi oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan