Isnin, 14 Disember 2015

PERASMIAN KEM TAHSIN AL- QURAN DISURAU KUALA MERBOK PADA 12DISEMBER 2015.

Sepertimana yang telah diatur dan dirancang oleh pihak Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok, maka pada hari yang dinantikan iaiti Sabtu 12hb.Disember 2015 elah berlansungnya Kem Tahsin AL-Quran di Surau Kuala Merbok.


Pendaftaran peserta Kem bermula jam 8.30pagi hingga 9.00pg.



Setiap seorang dibekalkan dengan buku kem Tahsin Al-Quran.
(semasa pendaftaraan).

Tepat jam 9.00pagi majlis perasmian pun bermula dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Surau merangkap Pengerusi Majlis. Beliau merasa gembira sekali kerana kem Tahsin Al-Quran mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran pelajar dari Astana Raja,Sungai Serai serta dari Kampong Semerbok sendiri. Syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana menghadirikan diri turut serta menyertai kem. Terima kasih tak terhingga dengan kehadiran Tuan Guru Haji Ibrahim dari Pondok Pasir Tumbuh,Pasir Mas Kelantan dan Mantan Imam 3 Masjid Semerbok iaitu Tuan Haji Mohd Zin yang turut hadir ke majlis Perasmian Kem Tahsin Al-Quran. Terima kasih juga kepada para penyumbang-penyumbang samaada berupa kewangan,peralatan,tenaga dan makanan yang dibekalkan kepada kita pada hari ini,hanya Allah sahaja yang membalas budi baik tuan-tuan.


Antara ucapan dan kata alua-aluan Pengerusi Surau.




Tuan Haji Mohd Zin
(Mantan Imam 3 Masjid Semerbok)
Telah diberi penghormatan bagi merasmikan Kem Tahsin Al-Quran.


Antara ucapan Tuan Haji Mohd Zin adalah memulakan pendidikan anak-anak mengenai Al-Quran dari usia yang awal lagi dan sering membacanya, beliau juga memberi contoh kejayaan-kejayaan para ilmuan islam yang berjaya kepada semua peserta Kem Tahsin Al-Quran. Penekanan tentang mempelajari solat dalam usia terawal juga mesti ditekankan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ajk surau dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha murni ini dalam usaha mendidik anak-anak remaja kariah semerbok dalam mempelajari Al-Quran dan Sembahyang lima waktu cara sunnah SAW.


Selesai perasmian semua hadirin dijemput menjamu selera ditempat minuman disebelah luar surau. Kem akan bermula pada pukul 10.00pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan