Selasa, 15 Disember 2015

PENGISIAN AKTIVITI KEM TAHSIN AL-QURAN (12/12/2015 SABTU).


Pada tepat jam 10.00pagi bermulalah sisi 1 Tahsin Al-Quran dan Solat , Tuan Guru Haji Ibrahim dijemput memulakan aktiviti kem yang pertama iaitu Solat Dhuha. Beliau menerangkan bagaimana Nabi Muhamad SAW bersolat Dhuha serta fadhilat dan cara bersolat dhuha dengan teliti dan tertib dengan bilangan rakaatnya. Solat sunat Dhuha pada sesi ini dijalankan 4 rakaat dengan dua salam.


Para pelajar lelaki sedang mendengar penerangan Solat Dhuha 
(Tuan Guru Haji Ibrahim - Pondok Pasir Tumbuh).


Pelajar Perempuan juga disaf belakang sedang khusyuk
 mendengar penerangan.

Selesai solat sunat Dhuha maka majlis diserahkan kepada Ustazah Siti Rosnah dan Ustazah Norizan untuk menjalankan aktiviti mempelajari cara-cara mengambil wuduk, seterusnya sesi solat dan mendalami cara solat mengikut sunnah Nabi SAW sehingga jam 12.30tengah hari. Waktu rehat dari 12.30tgh hari hingga 1.30 petang. Selesai solat Zohor berjamaah sesi 2 Tahsin Al-Quran dan Solat pula dijalankan.



Pengisian penuh dengan pembelajaran serta praktikal dijalankan dengan beberapa soal jawab serta hafalan ayat-ayat lazim didalam solat ditekankan dengan jelas disesi kedua disebelah petang. Setiap peserta disemak dan diteliti kelemahan serta sebutan ayat-ayat Al-Quran didalam solat agar kefahaman tentang solat mengikut sunnah dapat diterapkan. Ianya perlu agar setiap peserta memperolehi ilmu Al-Quran dan Solat yang boleh dipraktikkan nanti apabila selesai Kem dan kembali kekediaman masing-masing. 

Dari segi penilaian penulis Kem Tahsin Al-Quran yang dijalankan di Surau Kuala Merbok telah mencapai sasaran, walau pun dalam masa yang diperuntukan oleh Surau  selama sehari sahaja tapi dari segi kefahaman dan praktikalnya ia amat memuaskan.

Pada 4.35petang  semua bersolat Asar berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Zin, dan sesudah itu majlis penutup Kem oleh Pengerusi Surau pula dilangsungkan.


Pengerusi Surau - Encik Rosli Yasin.

Dalam ucapan penutup Kem Tahsin Al-Quran, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup datang melapangkan masa untuk menyahut dan menghadirkan diri ke kem yang dijalankan di surau ini. Beliau berharap agar semua peserta dapat mendalami ilmu solat dan Al-Quran yang ditunjukan oleh Ustazah Ustazah yang menjadi tenaga pengajar didalam kem ini dan membawa praktiknya (ilmunya) kedalam solat lima waktu yang ditekankan didalam pembelajaran pada hari ini. Melihat dari kesungguhan tenaga pengajar dan semua peserta pihak surau berkemungkinan besar akan cuba menzahirkan satu lagi kem atau kursus seperti kem pada hari untuk samaada wanita atau remaja yang akan dikelolakan dalam jangka masa lebih sedikit sepertimana pada hari ini yang dijalankan dalam satu hari sahaja. Insyaallah jika berkesempatan kita akan bertemu di satu lagi kem atau di kem-kem yang lain yang akan dipertimbangkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok dimasa akan datang.




Pada akhir sekali sesi bergambar antara peserta dan tenaga pengajar Kem Tahsin Al-Quran.





Mengimarahkan Surau dengan majlis-majlis ilmu adalah tanggungjawab kita bersama dan mendidik anak-anak supaya solat adalah dari seawal umur tujuh tahun. Kursus atau pun kem kali ini didalam suasana yang nyaman kerana seorang hamba Allah telah pun mendermakan tiga unit penghawa dingin untuk surau. Hanya Allah yang sahaja membalas budi baik hamba Allah berkenaan.

1 ulasan:

  1. Sekalung tahniah UStazah Siti Rosnah; ban yak menyumbang khidmat dan mencurah ilmu untuk anak-anak Kampung Semerbok. Teruskan amalan bakti anda untuk manfaat bersama

    BalasPadam