Ahad, 27 Disember 2015

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DISURAU KUALA MERBOK 1437H.


Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 26Disember 2015 telah diadakan sebagaimana yang dijadualkan dengan penceramah Yang Berbahagia Ustaz Haji Syukur Mustafa. Majlis ilmu ini bermula selepas waktu Maghrib. Penuh sesak kehadiran para tetamu didalam dan diluar surau. Syukur alhamdulillah kehadiran bukan saja anak-anak kariah tapi dari Astana Raja, Penajis, Kota, Padang dan tak ketinggalan dari Kuala Lumpur. Penulis tak dapat mengambil foto-foto dibahagian luar. 


Yang Berbahagia Ustaz Hj Shukor Mustapa.











Terima kasih kepada semua para penyumbang serta gotong royong memasak yang diusahakan dari awal pagi hingga ke tengah hari oleh kaum muslimah dengan kerjasama ahli jawatankuasa surau bagi menyediakan makanan dimajlis ini.Pihak surau bercadang akan mengadakan majlis seperti malam ini sebulan sekali dengan penceramah yang didatangkan dari luar kawasan Negeri Sembilan atau pun didalam Negeri Sembilan bagi memenuhi permintaan anak-anak kariah Merbok, disamping majlis-majlis ilmu seperti biasa tetap diadakan mengikut jadual. Walaubagaimana pun keputusan memilih penceramah akan diputuskan didalam mesyuarat Ajk Surau. Tuan-puan nantikan kehadiran penceramah dan majlis ilmu yang dianjurkan oleh Surau Kuala Merbok dan hadirkan diri untuk bersama berada di taman-taman syurga, Insyaallah.

2 ulasan:

  1. Program pengisian ilmu yang sangat bagus dan bermanfaat untuk semua. Elok dijadikan program bulanan atau program sempena peristiwa bersejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajk Surau sedang menyusun jadual untuk penceramah di surau ini dan cadangan untuk program bulanan atau program khas juga sedang diambil tindakan kerana melihat pada sambutan, alhamdulillah kerana yang datang bukan anak-anak kariah saja tapi dari luar pun ramai.

      Padam