Khamis, 7 Mei 2015

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU BINAAN BARU DI KUALA MERBOK.


Surau Baru Kuala Merbok.

Gotong royong bagi membersihkan surau baru Kuala Merbok ini telah dijalankan pada tarikh 3hb.Mei dari jam 3.00petang hingga 5.30petang. Peserta-peserta yang terlibat dan menjayakan program gotong royong ini adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok, Kumpulan Khairun Nisa', jemaah Surau Kuala Merbok dan Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.Turut hadir bersama dengan kerja-kerja gotong royong ini adalah Ketua Cawangan UMNO Semerbok. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis gotong royong ini, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik serta kerja-kerja amal yang tuan-tuan curahkan keatas Surau baru kampong kita ini.


Alhamdulillah, bangunan Surau yang dibina baru tersergam nan indah untuk warga Kuala Merbok khususnya dan kariah Semerbok am nya. Syabas kepada Pengerusi Surau dan Ajk Surau Kuala Semerbok atas usaha dan ikhtiar tuan-tuan semua untuk membina surau baru di tapak lama.Walau pun menghadapi berbagai rintangan,namun usaha-usaha tetap diteruskan dengan jayanya hingga terbina dan tersergamnya Surau Kuala Merbok yang berwajah baru ini. Marilah kita beramai-ramai datang ke surau ini menunaikan solat lima waktu dan hadir ke majlis-majlis ilmu yang diadakan disini.






















Setelah penat lelah membersihkan surau, 
menjamah hidangan yang dibekalkan ajk surau turut dijamah.



Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana melimpahkan kurnianya terhadap kami dengan mengurniakan seorang hamba yang menghulurkan sumbangan bagi pembinaan surau baru ini. Syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan