Khamis, 21 November 2013

MENYUSURI TRACK GUNUNG DATUK.





Bidalan Nan Tuo Juo - Gunung Datuk.

Mengikut cerita orang nan tuo dahulu kalo, gunung datuk pernah didatangi oleh Pahlawan Agung Alam Melayu iaitu Datuk Hang Tuah. Jika menyusuri liku-liku trak mendaki gunung ini bersama insan yang berpengalaman untuk mendaki gunung iaitu saudara Aziz Ujang hanya 30 minit sahaja untuk sampai kepuncak gunung datuk atau 45minit dari Kampong Semerbok. Walaupun track yang ada di sini agak mencabar tapi beliau masih bertenaga bermain dengan liku-liku track gunung datuk hingga ke puncaknya.



Saudara Aziz Ujang- Ketika di Sulawesi Selatan.



Papan Tanda Gunung Datuk Rembau.



Koris Nan Sebatang Juo....



Tuan Haji Ibrahim Maamor ..



Antara rombongan yang hadir di Gunung Datuk Rembau ketika awal cuti sekolah pada November 2013, dari Kembara Amal anak-anak yatim serta Institiut IPTS - UNITAR.



Lapangan meletak kereta - kaki Gunung Datuk.



Laluan turun dan naik Gunung Datuk.



Antaranya tersedia juga tali yang diikat kat pokok 
untuk memudahkan kita mendaki.


Track - ketika mendaki.



Curam tapi seronok nak sampai keatas.



Penuh dengan warna Ungu....atau warna biji kundang..?















Ni dah sampai kat puncak dah....


Akhirnya sampai juga ke puncak gunung.


Antara remaja dan rombongan yang berjaya ke puncak.


Penulis sendiri tak pernah sampai ke puncak gunung ini dan mungkin suatu hari nanti den akan bersama saudara Aziz Ujang untuk mengiringi beliau ke atas puncuk Gunung Datuk yang telah diterokai beliau yang entah kesekian kalinyo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan