Jumaat, 9 Januari 2015

MISI PENGHANTARAN BANTUAN MANGSA BANJIR KE KELANTAN - ANAK ANAK MOBOK.


Misi penghantaran bantuan ke kelantan,suasana amat menyedih kan. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikol,semoga Allah permudahkan kepada mangsa2 banjir. Anak-anak Semerbok telah pergi ke Kuala Krai Kelantan - sampaikan bantuan mana yang terdaya. Semerbok ini kampung nan kecil sahaja, orang pun tak ramai. Kelantan negeri yang jauh, nun bersambung dengan negeri Siam! Tetapi, cubit peha kiri, peha kanan terasa perit juga.

 Antara keadaan rumah mangsa banjir yang sempat terakam.



 Ada yang rumah ranap semua sekali. 


 Encik Ridhuan dan misi rombongan .

Anak-anak Mobok.

Misi Rombongan.



  Jalan yang berlumpur selepas banjir.

Seorang lagi anak Mobok pergi ke sana dan apa katanya..........
"Dalam perjalanan ke Manik Urai dalam van UUM kami seramai 11 orang melalui kawasan yang teruk terjejas akibat banjir. Di kiri dan kanan jalan kami menyaksikan kemusnahan. Rumah yang senget, beralih tempat dan ada yang musnah samasekali. Di atas tapak rumah yang cuma tinggal tangga dan tiang-tiang batu seorang ibu menyusukan bayinya di bawah khemah ala kadar yang dibina. Dr. Fauziah bertanya kepada saya, "Ustaz tak ambik gambar ke.? Saya jawab, " Saya tak dapat ambil sebab air mata saya nak keluar." Bila saya berpaling ke arahnya saya melihat dia mengesat air mata dengan tangan kanannya. Di sini yang ada adalah kemusnahan, kesedihan dan keinsafan" - Ustaz Muhamad Ahmad.

  Ustaz Muhammad Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan