Kelihatan Jentolak dah mulakan Kojo.
Tanah terbiar (tanah bokas sawah) di Semerbok masih luas lagi yang masih belum laei diusahakan, ini bukan apo air tak do untuk mengairi sawah yang diusahakan. Oleh itu den dongar kawasan tanah terbiar tu akan diusahokan untuk dijadikan projek tanam jagung. Yang pontingnyo diusahokan tanah-tanah terbiar tu, biar jangan dek utan jo. Tompat ni kilir dari arah Masjid Mobok dan tak jauh dari Dewan Baru Kampong Semerbok (berdopan jo).
Dewan baru Semerbok.
Lihat la aliran lubok di Semerbok ni,
pasir jo yang timbul.
Lubok Semerbok yang kekeringan.
Ni la antara lubok yang mengalami perubahan setelah cuaca dan hutan serta kawasan tadahan yang tidak dilindungi sebagaimana 30 tahun atau 40 tahun dahulu. Den pernah jumpa persara Jabatan Saliran di Kuala Pilah dan beliau pernah bertugas di kawasan saliran sungai didaerah Rembau termasuk la diKampong Den ni Semerbok, katanya semua sungai di Negori Sembilan mengalami kekeringan air tidak sebagaimana semasa beliau bertugas dulu. Kita tidak menjago aei dongan baik dan koring la dio sampai kekito. Sawah tak dapat diusahakan kerana air dah lopas kebawah, mano ado laei tompat kito nak ngocal, air dalam sawah tak dapat diairi laei untuk udang,ikan pepuyu dan ruan nak idup. Maso den dulu amat la sukonyo ngocal ni, banyak dapat ikan.
Yang ni Tanah Gotah - Pokok Gotah
yang dah ditobang jual.(Seborang Masjid jo )
Masjid Semerbok padangan dari Kilir (kehilir)
serta kawasan tanah Wakaf (kubur).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan