Udang Galah.
Pulau Besar.
Bersama anak den berhampiran makam Tok Putih.
Makam Tok Putih.
Den sebenarnya sedang mencari kenapa keturunan den ni tak boleh memakan bondo yang sodap ni, iaitu Udang Galah. Bila dimakan keluarga den akan dilanda sakit perut yang teruk macam "Ellergic"je. Pernah sekita den kocik-kocik dulu hampir satu keluarga dimasukkan ke hospital Melaka kerana memakan Udang Galah ni. Jadi hingga hari ini keluarga den tak lah dapat memakan udang ni, bukan apo dari merana sakit masuk hospital baiklah den berpantang dari menolan lauk udang ni.
Pada suatu blog, den dah lupa pulak nama blognya... ada Tok Syeikh berkenaan menyatakan yang keturunan Tok Putih di Pulau Besar juga tidak boleh memakan Udang Galah. Adakah den ni sama dari keturunan berkenaan ? memakan masa untuk menyelidiki salasilah berkenaan, namun usaha-usaha sedang dirisik dari golongan orang-orang yang lebih tua dan mengetahui sejarah keturunan den. Moga Allah beri petunjuk segala usaha-usaha kami nanti...Insyaalah.
Pulau Besar.
Bersama anak den berhampiran makam Tok Putih.
Makam Tok Putih.
Serba sedikit pihak kami dapat juga petunjuk setelah mengunjungi Pulau Besar dan alhamdulillah.............................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan