Ini adalah kawasan tadahan air bagi mengairi sawah di Semerbok dan Sungai Serai. Semasa projek pemulihan tanah terbiar (sawah padi) di daerah Rembau khususnya di kawasan kampong Semerbok dan sekitarnya, pihak kerajaan dengan kerjasama pemaju projek telah membina empangan (kawasan tadahan air) ini dihulu sungai. Mungkin ramai penduduk di sekitar kawasan Mobok ini tidak mengetahui wujudnya kolam ini, memang sawah padi memerlukan air yang banyak untuk menyuburkan padi yang ditanam.
Dulu aliran sungai ini sendiri dah mencukupi bagi mengairi sawah yang luas berekar-ekar ni tapi aliran sungai mobok ni koring pulak pada zaman ni. Masih terdapat lagi kawasan sawah yang terbiar yang tak dapat diusahakan kerana kekurangan air walau pun dah ada empangan air ni. Usaha usaha perlu digiatkan lagi bagi mengatasi masalah air untuk menanam padi disawah Mobok ni. Walaubagaimana pun sekalung tahniah pada pihak-pihak yang menjayakan projek tanah sawah terbiar ini, nampak torang bendorang kawasan kampong den dan tidak lah somak samun laei.
Foto Perasmian Projek oleh MB Negeri 9.
Kiri sekali Ketua Kampong Mobok (Songkok Putih).
Ni depan umah omak den la ni....
Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg Semerbok.
Kawasan tadahan air sungai - Arah ke hulu.
Kawasan aliran air sungai ke hilir.
Aliran air sungai dari tadahan.
Kelihatan sawah yang menghijau.
(didepan rumah omak den la ni)
ni ha...lopak memancing ikan
bebudak bila cuti sekolah.
Masa den bebudak dulu abis kawasan bondang ni den ngocal bilo maso ngoringkan sawah nak nuai padi. Maso ni tak do..do ngocal laei........bebudak sekarang dah tak pandai ngocal, bah kan ngocal tu pun tak tau maknonyo. Macam anak-anak den semuo bosar di Kolumpor, laei la tak ghoti apo bondo aei......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan