Papan tanda pintu masuk kekawasan
Dusun Warisan (Kota Warisan).
Kota Warisan atau Dusun Warisan adalah satu projek yang lot banglo di Kampong Semerbok dan projek ni memang besar dan sayang sekali projek ini dipercayai telah terbengkalai. Den berasa bangga kerana adanya projek seperti ini di kampong den ianya akan menarik minat golongan belia atau orang muda terus menetap atau memeriahkan kampong semerbok dengan pelbagai aktiviti. Den harap projek seperti ini diperbanyakan lagi untuk memajukan kampong den ni ha...semoga pihak yang terlibat dengan projek ini mengembalikan projek ke landasan yang betul dan memajukannya kembali. Den tak boli ha...tak berduit.........
Masih ada lagi satu papan tunjuk arah
(Dusun Warisan ).
Tunjuk arah ke Semerbok pula.
Laluan tunjuk arah ke Dusun Warisan
di pekan Pekan Kota.
Laluan masuk ke kawasan tersebut.
Masa den poei ari tu somak samun jo.....susah nak masuk kekawasan ini. Den ponah masuk sewaktu awal projek ini, amatlah cantiknya tempatnya. Ado tasik dan maso tu ada sebuah banglo ditepiannya, jalan masuk pun cantik walaupun jalan tanah jo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan