Ahad, 3 Mac 2013

BATU BERHARGA DI SEMERBOK.


Mendongar cerita dari Alang den, kat mobok ado batu-batu yang beharga yang boleh diekspot ke Nogori Cino. Alang dah panggil taukeh tu untuk menyemak dan mengosan kot ado batu berkenaan ditanah omak. Kalau yo ado...berduit la kito........


Beginilah tanah bukit Legung Hulu yang tinggal setelah tanahnya ini diambil bagi menambak serta pengubahsuai jalan raya untuk laluan keretapi laju KTM di daerah Rembau. Dulu den ingatkan kawasan tanah ini diterokai kerana batu-batu yang beharga tu, rupanya untuk projek jalan dan jambatan.

Tidak terdapat batu-batu yang dimaksudkan dengan projek berkenaan kerana didaerah Mobok juga sama tanahnya dengan Legung Hulu ni.Mungkin disini tidak ada batu-batu berkenaan.



Antara Kawasan Bukit di Semerbok.

Bukit yang dibelakang bukit ini lah batu yang beharga dikesan untuk diekspot ke negeri China. Banyak dapat duit la tuan tanah gedaong yang empunya tanah tersebut. Rupanya hasil bumi di Mobok juga ada potensi untuk diekspot ke Negara China, yang menjadi soalannya mengapa dalam tanah omak den tak do pulak batu tu.....dah tak do rezeki la tu.......menurut Alang den taukeh kompeni yang nak memboli batu-batu berkenaan telah pun memeriksa tanah den dan tanah-tanah yang dibelakang bukit didalam gambar ni tapi batu-batu berkenaan tak ada didalam tanah omak den dan hanya ada di tanah berkenaan sahaja. Taukeh tu dah siap bayar dah cengkeramnya berbelas ribu tu....den teringin nak tengok batu berkenaan macam mana rupanya....



Duduk di tongah tu Alang den - Karia.


Jenis batu yang lazim berada di Semerbok.



Ini juga salah satu jenis batu 
yg berada di kampong den.



Bungkah batu besar (batu pejal).
rupa ni kah batunya ? oh bukan.....



Jenis batu merah.
Yang ini pada zaman dulu dihancurkan
dan dijadikan jalan yg dipanggil jalan tanah merah.

Sekiranya den dapat mengenal pasti batu-batu beharga berkenaan akan den paparkan diblog den ni untuk samo-samo kito lihat, kot kot ado dalam tanah kalian semuo........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan